Ahad, 17 September 2017

Nabeel Qureshi Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun


Bekas Muslim yang menjadi pakar apologetik Kristian, Nabeel Qureshi, telah meninggal dunia pada hari Sabtu (16 Sep 2017) selepas pergumulan setahun dengan barah di perut.

Pemuda 34 tahun itu meninggalkan seorang balu dan anak perempuan berusia dua tahun.

Lelaki yang telah membawa Nabeel kepada Kristus, David Wood, mengumumkan kematiannya di Twitter, dengan menyatakan, "Saudaraku yang dikasihi, Nabeel, berehatlah dalam damai sejahtera dan sukacita bersama Tuhan Yesus Kristus yang telah dibangkitkan."

Video Kesaksian Nabeel Qureshi


(Diterjemahkan daripada artikel CBN News bertajuk, "Nabeel Qureshi Dies At Age 34" bertarikh 16 September 2017)