Selasa, 5 September 2017

Pandelela Berkongsi Kegembiraan Setelah Konfirmasi Di Gereja


Pandelela Rinong, ratu terjun Malaysia telah mengumumkan konfirmasinya sebagai Katolik di laman rasmi Facebooknya dua hari lepas. 

Dalam catitan Facebook itu, Pandelela telah memetik kata-kata St. Ignatius dari Antiokhia, "Saya tidak ingin hanya digelar Kristian, tetapi juga untuk menjadi Kristian."

Pandelela juga menambah bahawa "Saya rasa diberkati kerana dapat menyudahkan perjalanan #Confirmation. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota RCIA di #StFrancisXavier Church atas bimbingan dan bantuan untuk menjadikan nyata salah satu impian saya.

"Saya akan terus berusaha kuat setiap hari untuk menambahkan kesucian hati, yang merangkumi menilai dan menimbangkan perkara-perkara dalam sukatan kehendak Tuhan. #Catholic #thankGod #blessedSunday #Christian

(Cetakan skrin daripada catitan Facebook Pandelela Rinong, 3 Sep 2017)

Catitan Facebook yang telah dimuatkan dua hari lepas itu telah mendapat 18,000 Like dan 927 Share dan 1,200 komen setakat ini. 

Tahniah Pandelela! Teruskan perjalananmu dalam kasih kurnia Tuhan!