Kota Kinabalu: Ounsikou Ginawoku, lagu Dusun
penyembahan dan pemujian Tuhan Yesus Kristus yang diciptakan selepas kemalangan
lima tahun lalu, terus memberkati jemaahNya di Sabah.
Yesus No O Ralan Om Katapatan Om Koposion (Yesus lah
Jalan Kebenaran Dan Kehidupan) – album sulung ORI Sidang Injil Borneo (SIB)
Pekan Telupid Sandakan itu setakat ini telah dijual sebanyak 1,000 CD untuk
mengutip dana membina bangunan gereja baharu berharga setengah juta ringgit di
tempat yang sama.
Tetapi lagu itu lebih lekat di hati jemaah dengan lirik
pertamanya Ounsikou Ginawoku Kumaa Dia Tuhan (Hati ku bersyukur kepada Mu
Tuhan).
Penciptanya ialah Morries Jablee Ontong, 37, seorang dekan
(pegawai gereja) dan pemimpin pujian gereja itu dan bekas penyanyi lagu duniawi
dusun yang sudah bertaubat.
Katanya, dua bulan sebelum lagu itu diilhamkan oleh Roh
Kudus pada 2hb Februari 2012 dia tercedera dalam rempuhan kereta pada pukul 2
pagi, semasa berkerja di bengkel barangan letroniknya di No 2 Pekan Telupid.
Kereta Myvi putih yang dipandukan oleh dua remaja dalam
keadaan mabuk menembusi pintu penghadang besi kedai dan terus mencederakan dia
di bahagian kaki, tangan, leher dan muka.
Kereta Myvi yang merempuh kedai Morries dan mencederakanya pada 2012 |
Selepas dirawat di klinik berhampiran, Morries berkata dia
balik ke rumahnya dibelakang kedai dalam keadaan sakit dan terkejut sambil
menanyakan Tuhan kenapa kemalangan itu berlaku.
Beliau terpaksa menutupi bisnesnya yang baru sahaja
dimulakan selama dua bulan kerana mengalami kerugian besar, dan kedai dan
barangannya rosak teruk.
“Selama dua bulan selepas kemalangan itu saya hanya mampu
memetik gitar dan menyanyi lagu lagu rohani.
Tujuan saya ialah mencari ketenangan hati dalam perasaan
putus asa oleh kerana tiada jalan keluar daripada masalah itu,” katanya.
Tiba tiba dia merasakan suatu keyakinan untuk menciptakan
lagu rohani dan disitulah ilham Roh Kudus bermula.
“Ada bisikan di dalam hati saya : ‘Justeru yang kau lalui
saat ini itulah lirik dan lagu yang kau buat’”.
Maka saya teringat Yohanes 14:6. Yesus berkata : Aku
Jalan dan Kebenaran dan Kehidupan. Tidak ada seorang pun datang ke Bapa kalau
tidak melalui Aku.
Saya yakin setiap kali firmanNya yang hidup dinyanyikan
dengan iman, Roh Kudus berkerja dalamnya.
Tambahnya, selama lima tahun dia merahsiakan namanya sebagai
pencipta kerana “tidak mahu mencuri kemuliaan Tuhan Yesus”.
Morries Ontong (di tengah) bersama keluarganya |
“Amin Tuhan Yesus layak dipuji dalam lagu Ounsikou
Ginawoku kerana bersyukur atas perlindunganNya ke atas diriku dalam peristiwa
itu.
“Tuhan telah menggagalkan rancangan Setan. Selepas itu iman
saya semakin kuat sehingga dapat membuat tujuh buah lagu lagi”.
Sebagai penghargaan kepada Tuhan dan gereja yang membantu
memulihkan perniagaannya dia menyerahkan semua hasil penjualan CD kepada dana
bangunan baharu.
Video: Lagu Ounsikou Ginawoku
Video: Lagu Ounsikou Ginawoku