Isnin, 27 November 2017

Ahli Parlimen Tanya Kenapa Nama Sekolah 'St Thomas' Kini Dianggap Tidak Sesuai


KUALA LUMPUR, 25 November - seorang ahli parlimen DAP menyoal hari ini mengenai keputusan Kementrian Pendidikan yang telah dilaporkan untuk mengubah nama sekolah-sekolah misi St. Thomas di Kuantan yang dianggap tidak sesuai.

Akhbar tempatan harian, The Star telah melaporkan bahawa pengerusi jawatankuasa kesihatan, sumber manusia dan fungsi khas, Datuk Norol Azali Sulaiman sebagai berkata sekolah rendah dan sekolah menengah St. Thomas akan diubah nama kepada Sekolah Mahkota Abdullah apabila sekolah-sekolah itu dipindah lokasi ke bangunan baru, oleh kerana Jabatan Pendidikan menganggap 'St Thomas' tidak lagi sesuai. 

"Sekolah-sekolah itu mempunyai ramai bekas alumni termasuk keluarga di Raja Pahang seperti Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dan adiknya, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah," kata Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan. 

"Oleh itu, adalah jelas bahawa sekolah-sekolah tersebut memiliki warisan sejarah yang kaya bukan saja di Kuantan tetapi dalam negara di tahap yang sama dengan sekolah-sekolah misi yang lain seperti St Xavier Institution (Pulau Pinang) dan St Michael Institution (Perak).

"Dalam keadaan ini, saya hairan bagaimana nama 'St Thomas' boleh dianggap 'tidak lagi sesuai' oleh Kementrian Pendidikan seperti yang didakwa dalam laporan tersebut. Saya tidak ada masalah dengan nama baru yang dicadangkan itu, tetapi saya tidak dapat faham mengapa nama asal itu 'tidak lagi sesuai,'" kata ahli parlimen pembangkang itu. 

Dia berkata identiti sekolah-sekolah misi seperti St Thomas, yang telah ditubuhkan pada 1950 oleh Rev Father Louis Guittat, harus dipelihara kerana sekolah-sekolah itu adalah sebahagian daripada sejarah dan warisan Malaysia. 

The Star telah melaporkan bahawa Unit Perancangan Ekonomi telah memberi kelulusan kepada Kementrian Pendidikan untuk membina kompleks baru di Kemunting untuk menempatkan kedua-dua sekolah itu dengan peruntukan RM56 juta. Pembinaan dijadualkan bermula tahun hadapan.

(Diterjemah daripada artikel Malay Mail Online bertajuk, "MP Asks Why 'St Thomas' School Name Now Deemed Unsuitable" bertarikh 25 November 2017)