Rabu, 22 November 2017

Sudah Anda Dapatkan App Untuk Blog Domba2Domba?


Malam tadi semasa melayari internet, saya terkejut apabila menemukan app untuk blog domba2domba di Google Playstore!

Yang pertamanya, bukan saya yang buat app itu! Ada seorang pemuda yang saya tidak kenali telah membuatnya tanpa saya mengetahuinya!

Yang keduanya, bukan hanya satu app yang dibuatnya tapi dua app! Satu app berjudul "Domba2Domba App" dan satu lagi berjudul "Domba2Domba Reader App".

Yang ketiganya, saya sangat berterima kasih kepada pemuda itu kerana inisiatifnya untuk membuat app ini. Kini pembaca-pembaca boleh mendapatkan mana-mana dari dua app itu untuk mengikuti artikel di blog domba2domba!

Keempatnya, saya juga berterima kasih kepada pemuda itu kerana menawarkan dua app itu secara percuma kepada penguna-penguna. Oleh itu, pengguna-pengguna telefon Android, janganlah lepaskan kesempatan untuk mendapatkan dua app percuma ini!


Akhirnya, kedua-dua app itu mempunyai ciri-ciri fungsi yang sedikit berbeza. Anda boleh pilih salah satu, atau mendapatkan kedua-duanya sekali di Google Playstore!

Saya telah menghubungi pemuda itu, Beneon Molundim sebentar tadi, dan dia telah membalas mesej saya dengan menjelaskan, "Saya membuat app itu sebab saya menyukai/diberkati dengan artikel-artikel yang dipos, dan supaya dengan app itu saya boleh mengakses terus laman domba2domba di smartphone. Bukan saja saya, tapi saya berharap juga app itu akan memudahkan pembaca-pembaca lain."

“Mungkin anda tertanya-tanya beza di antara kedua-dua aplikasi tersebut.. app yang pertama adalah aplikasi blog domba2domba yang membolehkan pembaca terus ke laman domba2domba tanpa membuka browser internet. App yang kedua.. iaitu Domba2Domba - Reader App, sekiranya ada artikel-artikel baru pembaca akan mendapat notifikasi/pemberitahuan di smartphone mereka." katanya.

Saya tak sangka ada seorang pemuda yang kreatif dan yang sudi membuat app ini dengan inisiatifnya sendiri!  Saya percaya ramai pembaca akan diberkati oleh kedua-dua app itu! Terima kasih Sdr Beneon kerana jasamu yang baik ini!

- Si Domba Putih