Isnin, 4 Disember 2017

Ahli Parlimen: Bagaimanakah Nama Sekolah St Thomas Boleh "Berakhir" Ketika Perpindahan Lokasi?

Ahli Parlimen, Ramkarpal Singh

KUALA LUMPUR, 4 Dis - Seorang Ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan penjelasan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan bahawa sekolah-sekolah St Thomas telah "berakhir" selepas dipindahkan.

Ahli Parlimen untuk Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh juga memperhatikan bahawa Kamalanathan mengatakan bahawa nama sekolah-sekolah misi di Kuantan itu sudah berakhir setelah gereja mengambil balik tanah itu, manakala Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Fungsi Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman telah dilaporkan mengatakan bahawa nama St Thomas "tidak lagi sesuai"" tetapi akan ditukar apabila sekolah-sekolah itu dipindahkan ke bangunan baru. 

"Saya tidak tahu ada apa-apa perundangan yang 'membawa kepada akhirnya sebuah sekolah' ketika dipindahkan,

"Penang Free School asalnya terletak di Jalan Farquhar di Pulau Pinang, tetapi kemudiannya dipindahkan ke tapak sekarang kerana kesesakan pelajar. Perpindahan itu tidak mengakibatkan perubahan pada namanya," Ramkarpal berkata dalam satu kenyataan.

Dia berkata kerajaan harus ada budi bicara untuk mengekalkan nama sekolah-sekolah St Thomas kerana sekolah-sekolah itu adalah milik kerajaan. 

"Tambahan lagi, tidak ada tanda bahawa gereja mempunyai bantahan terhadap penggunaan yang berterusan nama St Thomas (biarpun mengandaikan bahawa izin untuk penggunaan nama seperti itu diperlukan, yang mana adalah sangat diragui)."

Pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah St Thomas yang pada waktu ini berkongsi kemudahan dengan SK Teruntum dan SMK Sultan Abu Bakar, akan berpindah ke Sekolah Mahkota Abdullah apabila ianya siap dibina. 

Ibu bapa pelajar-pelajar dan alumni kedua-duanya telah menggesa kerajaan untuk mengekalkan nama kedua-dua sekolah St Thomas itu.

(Diterjemahkan daripada artikel Malay Mail Online bertajuk, "MP: How Can St Thomas School Name 'End' Upon Relocation? bertarikh 4 Disember 2017)