Sabtu, 9 Disember 2017

Siapakah Yang Dapat Selamatkan Dunia?


Ramai yang sudah menonton filem "Justice League" mengenai usaha sekumpulan adiwira untuk menyelamatkan dunia. Antara adiwira yang terlibat dalam filem itu adalah: Batman, Wonder Woman, Aqua Man, The Flash, Cyborg dan Superman. Tak kurang menariknya poster filem yang menyatakan "You Can't Save The World Alone" (Kamu Sendiri Tak Dapat Selamatkan Dunia" dengan menggunakan logo setiap adiwira padanya.



Saya tergelak pada pagi ini ketika melihat sehelai baju T dengan slogan berbeza - "Christ Alone Can Save The World" (Kristus Sahaja Dapat Selamatkan Dunia). Sesungguhnya hanya Kristus yang dapat menyelamatkan dunia dari dosa dan akibatnya! 

"Dan keselamatan tidak ada di dalam siapapun juga selain di dalam Dia (Kristus), sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan." (Kisah Para Rasul 4:12)