Selasa, 6 Februari 2018

Gereja-Gereja Sarawak Mendesak Ku Nan Tarik Balik Kenyataan Terhadap Kristian


KUALA LUMPUR, 5 Februari - Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS) telah menegaskan bahawa seorang menteri persekutuan harus meminta maaf kerana mendakwa pemimpin-pemimpin Kristian menggunakan rumah-rumah ibadat untuk mengkritik kerajaan. 

Tidak yakin dengan dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa ucapannya telah "disalahtafsir" oleh sebuah laman berita online, ACS berkata kenyataan yang menyinggung itu boleh membawa kesan bagaimana masyarakat Kristian dipandang di Malaysia.

"Sambil orang-orang Kristian mendekati musim Lent, ianya telah datang sebagai satu kejutan dan dengan kesedihan besar kepada Gereja untuk didakwa oleh menteri itu menyebarkan kepalsuan terhadap kerajaan," ACS mengatakan dalam satu kenyataan. 

"Adalah tidak adil untuk menuduh Kristian menyebarkan berita palsu di Gereja ketika kami meraikan Minggu Harmoni Sedunia Di Antara Agama beserta dengan pelbagai fungsi kebajikan dan pendidikan Gereja."

Kumpulan itu memberitahu menteri itu yang biasa dikenali sebagai Ku Nan bahawa dia seharusnya berusaha ke arah memperbaiki hubungan antara agama di dalam negara dan mengingatkannya untuk menghormati hak-hak berperlembagaan rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama mereka dengan aman.

Pada hari Sabtu, menteri itu berusaha menjelaskan kenyataannya di Kenduri 1Wilayah Prsekutuan di Titiwangsa dengan mengatakan bahawa dia cuma mengingatkan pengikut-pengikut semua agama agar tidak menggunakan rumah-rumah ibadat mereka untuk menyebarkan "berita palsu" mengenai kerajaan.

Sebelum kenyataan ACS hari ini, Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) juga telah menyelar menteri itu.

Setiausaha agung DAP, juga telah memberitahu menteri itu hari ini untuk menarik balik tanpa syarat kenyataannya yang menyinggung dan meminta maaf kepada masyarakat Kristian. 

Lim memberi amaran akan bahaya-bahaya yang mungkin boleh bangkit dari menumpukan kritikan terhadap mana-mana masyarakat tertentu, terutamanya dalam iklim politik negara masa kini.

"Itulah sebabnya mengapa adalah penting untuk Tengku Adnan menarik balik dan meminta maaf atas pilihannya yang tidak bijak menggunakan gereja-gereja sebagai contoh, untuk menunjukkan hormatnya kepada kebebasan beragama."

(Diterjemahkan daripada artikel The Malay Mail Online bertajuk, "Sarawak Churches Demand Ku Nan Rescind Remarks Against Christians" bertarikh 5 Februari 2018)