Isnin, 11 Jun 2018

Tahukah Anda... Bangunan Paling Terkenal Di Rusia Ini?


Di antara semua gereja di Rusia, yang paling terkenal terletak di Moscow: Katedral St Basil. Sebagai pusat kepada Gereja Ortodoks Rusia, Moscow adalah tapak kepada banyak gereja yang cantik dan penting, dan St Basil yang terletak di Dataran Merah (Red Square), adalah salah satu bangunan yang paling dikenali di dunia. Kubah-kubahnya yang terang berwarna-warni seringkali adalah imej yang dikaitkan oleh orang ramai dengan Moscow dan dengan Russia secara umum. 

Katedral St Basil di Moscow, Rusia

Gereja-gereja di Rusia telah memainkan peranan yang penting sepanjang sejarah, dan seperti banyak gereja yang lain, Gereja St Basil telah dibina untuk merayakan satu detik sejarah yang penting. Ivan the Terrible telah mengarahkan pembinaan gereja paling terkenal di Moscow ini pada abad keenam belas (dan telah disiapkan dan didedikasikan pada 12 Julai 1561) untuk memperingati satu kempen ketenteraan yang berjaya, Perang Rusia-Kazan. 

Katedral St Basil pada waktu petang 

Kombinasi batu-bata merah dan kubah-kubah dengan lingkaran warna-warni terang telah melambangkan gereja-gereja di Rusia, dan untuk ramai pengunjung, bahagian luar gereja itu lebih mengkagumkan daripada bahagian dalamannya yang sederhana.  

Bahagian dalaman Katedral St Basil

(Gereja ini telah ditutup pada 1929 oleh rejim komunis Soviet dan kemudian dijadikan muzium. Selepas enam dekad tidak dibenarkan acara keagamaan di dalamnya, Katedral St Basil telah dibuka semula untuk kebaktian ibadah pada 14 Oktober 1991). 

Gereja ini kini ditutup pada hari Selasa, tetapi dibuka dari Rabu sehingga Isnin.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Destination 360 bertajuk, "Churches In Russia")