Isnin, 16 Julai 2018

9 Sebab Penyelamatan Dari Gua Thai Itu Adalah Satu Mukjizat


Kita dapat melihat campur tangan Tuhan dalam penyelamatan pasukan bola sepak remaja "Wild Boar", tapi kini ianya telah disahkan oleh para misionari yang melayani di Negara Thai.

Butir-butir yang luar biasa dan kurang diketahui mengenai mukjizat yang Yesus lakukan di Negara Thai baru-baru ini:

1. Budak-budak lelaki itu dan jurulatih mereka telah dijumpai dan diselamatkan dalam situasi yang paling mustahil. 

2. Tali yang digunakan oleh penyelam British untuk memberi panduan kepada mereka memasuki gua itu sudah sampai ke hujungnya, oleh itu dia naik ke permukaan air itu untuk menarik nafas dan pada waktu itu dia menjumpai budak-budak lelaki itu sedang duduk di hadapannya! Dia berkata jika tali itu lebih panjang, pencarian akan berterusan di dalam air dan dia tidak akan menjumpai budak-budak itu dan jurulatih mereka!

3. Hanya seorang sahaja daripada budak-budak lelaki itu yang faham Bahasa Inggeris dan dapat berkomunikasi dengan penyelam British itu. Dialah satu-satunya yang Kristian dalam kumpulan itu dan dia telah belajar bahasa itu menerusi satu projek misionari yang dijalankan di gereja kecilnya.

4. Hujan monsun berhenti turun semasa misi penyelamatan selama tiga hari dan tidak menghalang operasi itu, walau pun hujan masih turun di kawasan-kawasan di sekitarnya.

5. Sebaik sahaja penyelam terakhir meninggalkan gua itu (selepas semua budak-budak telah diselamatkan), pam yang mengepam air keluar dari gua pun rosak (ianya akan menjadi bencana jika pam itu rosak sebelum misi penyelamatan selesai!!!)

6. Ianya hujan sepanjang pagi selepas penyelamatan itu dan gua itu kini dibanjiri sepenuhnya. 

7. Semua budak-budak itu telah diselamatkan dan dalam keadaan sihat yang tidak disangka, membingungkan doktor-doktor Buddhis itu. "Kami tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan ini," kata mereka.

8. Usaha penyelamatan itu memerlukan ramai orang untuk bekerjasama merentasi batasan bahasa dan budaya. Keputusan-keputusan yang penting dibuat secara konsensus untuk memastikan rancangan itu dilaksanakan. Penyelamatan itu adalah hasil usaha dan kegigihan cemerlang sebuah pasukan yang terdiri daripada begitu ramai orang dan bangsa. Satu-satunya sukarelawan Brazil dalam operasi itu adalah misionari Tati Araujo, yang menterjemahkan perbualan di antara penyelam Inggeris dan Thai, pihak berkuasa dan tentera negara asing. 

9. Gereja Yesus Kristus di sekeliling dunia, telah bersatu di dalam doa kepada Tuhan untuk campur tangan dalam keadaan mustahil anak-anak muda itu. Pengikut-pengikut Yesus dari setiap penjuru bumi berdoa, berharap agar Tuhan melakukan apa yang mustahil... dan itu terjadi!

Tanpa ragu-ragu lagi, Tuhan telah melakukan mukjizat ini yang telah disaksikan oleh dunia dan telah menyentuh begitu banyak hati manusia!

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel God TV bertajuk, "9 Reasons Why The Thailand Cave Rescue Was Miraculous" yang ditulis oleh Ben dan Kiesha Jones bertarikh 14 Julai 2018)