Rabu, 25 Julai 2018

Apakah Itu Kerajaan Allah Yang Diajar Dalam Kristian?


Seringkali orang-orang bukan Kristian salah faham apabila orang-orang Kristian menyebut mengenai Kerajaan Allah. Mereka tidak menyedari bahawa apabila orang-orang Kristian menyebut mengenai Kerajaan Allah, ianya bukan mengenai sebuah kerajaan politik ataupun kerajaan duniawi. Kerajaan Allah mempunyai maksud lain bagi orang-orang Kristian. 

Ketika melayari web, saya menjumpai satu penjelasan ringkas yang telah diberikan oleh YB  Hannah Yeoh kepada Free Malaysia Today pada tahun lepas. 

Hannah telah memberitahu laman itu bahawa Kerajaan Allah telah disebut banyak kali dalam Bible mengenai "kebenaran-Nya memerintah dalam hati dan fikiran kita."

"Tuhan berkata untuk mengasihi-Nya, mengasihi sesama kita seperti diri kita, untuk menolak rasuah, hidup dengan rendah hati, berlaku adil, dan menjaga anak-anak yatim dan janda-janda.

"Itu, kawanku, adalah apa yang merupakan Kerajaan Allah," katanya kepada laman itu.

Bagi orang-orang Kristian Kerajaan Allah bukan sebuah kerajaan politik ataupun kerajaan duniawi. Umat Kristian percaya bahawa Kerajaan Allah dinyatakan apabila Tuhan menjadi Raja dalam hati dan fikiran kita, dan kita melakukan apa yang baik dan benar dalam hidup kita.

Yesus sendiri telah mengatakan, "Kerajaan-Ku bukan dari dunia ini; jika Kerajaan-Ku dari dunia ini, pasti hamba-hamba-Ku telah melawan, supaya Aku jangan diserahkan kepada orang Yahudi, akan tetapi Kerajaan-Ku bukan dari sini" (Yohanes 18:16).

Kerajaan Yesus bukanlah atas mana-mana negara atau wilayah di dunia. Kerajaan-Nya adalah dalam hati manusia, seperti saya dan anda! 

Atas pertanyaan orang-orang Farisi, apabila Kerajaan Allah akan datang, Yesus menjawab, kata-Nya: "Kerajaan Allah datang tanpa tanda-tanda lahiriah, juga orang tidak dapat mengatakan: Lihat, ia ada di sini atau ia ada di sana! Sebab sesungguhnya Kerajaan Allah ada di antara kamu ." (Lukas 17:20-21)

Sebab Kerajaan Allah bukanlah soal makanan dan minuman, tetapi soal kebenaran, damai sejahtera dan sukacita oleh Roh Kudus. (Roma 14:17)

"Hai manusia, telah diberitahukan kepadamu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut TUHAN dari padamu: selain berlaku adil,  mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu? (Mikha 6:8)