Jumaat, 10 Ogos 2018

Penjaring "Gol Abad Ini" Menemukan Kristus Dalam Hidupnya



Oleh Paul Henderson:

Mereka mengatakan gol yang saya jaringkan untuk memenangi permainan terakhir dalam siri hoki Kanada/Rusia 1972 sebagai "Gol dalam Abad." Saya masih merasa bangga apabila saya teringat peristiwa itu. 



Pada masa itu, saya telah mencapai kebanyakan daripada impian saya dan tahu bahawa saya seorang yang sangat bernasib baik dan diberkati. Tapi, jauh di lubuk hati, saya merasa gelisah dan tidak puas hati. Saya tidak boleh menafikan perasaan ini. Saya berasa marah dan kecewa. Terdapat hal-hal dalam hidup saya yang saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan.

Puji Tuhan kerana seorang kawan mendorong saya untuk menyelidiki dakwaan Yesus. Saya mula membaca Alkitab untuk mengetahui cerita tentang Yesus. Dia mendakwa bahawa Dia adalah Tuhan, dan Dia mengatakan Dia mengasihi saya dan mahu memberikan saya hidup sejati dan kekal. Setelah mencari kebenaran selama dua tahun, saya menjadi yakin bahawa Tuhan mengasihi saya dan ingin saya mengenali-Nya. Jadi saya menjemput Yesus menjadi Tuhan dan Penyelamat saya.

Paul Henderson

Sejak hari itu, saya tidak sama lagi seperti dahulu. Dia memberikan impak positif dalam semua aspek hidup saya. Ini tidak bermakna hidup saya tidak lagi bermasalah, tapi saya mengalami ketenangan dalaman, kepuasan dan damai sejahtera setiap hari. Ini menyakinkan saya bahawa janji-Nya untuk mengasihi dan menjaga saya adalah benar. Bahkan saya tidak sabar-sabar untuk bersekutu dengan-Nya selama-lamanya.

(Diambil daripada artikel Kuasa Untuk Berubah bertajuk, "Gol Dalam Hidup")