Jumaat, 14 September 2018

Siri Baharu CBS "God Friended Me" Paparkan Perjalanan Atheis Kembali Kepada Iman (Treler)


CBS sedang bersiap untuk penayangan sulung sebuah siri baharu mengenai seorang atheis yang penolakannya terhadap iman dicabar selepas dia menerima permintaan persahabatan dari Tuhan.

Drama baharu "God Friended Me" akan disiarkan pada hari Ahad mulai musim luruh ini (30 September).

Watak utamanya, Miles (Brandon Michael Hall) adalah seorang atheis yang lantang, yang ironisnya, menerima satu permintaan persahabatan di media sosial daripada Tuhan. Apabila dia menerima permintaan itu, Miles dipimpin kepada Cara Bloom - seorang wartawan online yang juga menerima satu permintaan persahabatan daripada "Akaun Tuhan."

Dalam hatinya, Miles masih percaya bahawa seluruh perkara itu adalah suatu sandiwara yang telah dirancang rapi. Sehingga dia dapat membuktikannya, Miles senang hati untuk ikut serta dan mengubah sebanyak jiwa yang dia dapat," begitu disebut oleh sipnosis siri itu.

Kisah itu bertambah hangat apabila ayah Miles, seorang pastor, cuba menyakinkan anaknya untuk kembali kepada iman Kristiannya dan berhenti mempromosikan atheisme di program radionya, yang menurutnya sedang memimpin orang ke arah tiada pengharapan dalam hidup,



"Orang katakan bahawa Tuhan ada rancangan untuk kita semua, kemudian Dia berkawankan saya (friended me) dan itu telah menunggang terbalikkan hidup saya," satu ucapan dalam siri itu yang dinyatakan dalam treler yang telah pun mendapat 1 juta tontonan di YouTube.

"God Friended Me" membintangi Brandon Micheal Hall ("The Mayor," "Search Party"), Joe Morton ("Scandal," "Justice League"), Suraj Sharma ("Homeland," "Life of Pi"), Violett Beane ("The Flash," "The Leftovers"), dan Javicia Leslie ("Chef Julien," "MacGyver").

Satu klip pendek yang dimuatkan oleh CBS di laman mereka bertajuk, "The Real Spirit Behind 'God Friended Me'" memberi pengertian lebih lanjut mengenai apakah misi Miles.

"Perjalanannya adalah untuk menemukan kembali kepercayaannya kepada kemanusiaan," begitu kata Hall mengenai wataknya.

Diarahkan oleh Marcos Siega, "God Friended Me" juga telah ditulis oleh Steven Lilien dan Bryan Wynbrandt.

Untuk lebih maklumat mengenai siri baharu yang lucu itu, lawatilah Facebook sitcom itu di sini.

(Diterjemahkan daripada artikel The Christian Post bertajuk, "CBS New Sitcom 'God Friended Me' Features Atheists' Journey Back To Faith (Trailer)" yang ditulis oleh Jeannie Law bertarikh 14 Julai 2018)