Sabtu, 1 Disember 2018

Cincin Dipercayai Milik Pontius Pilatus Dijumpai Dekat Betlehem!

(J. Rodman, lukisan; C. Am, foto)

Akhbar harian Israel, Ha'aretz melaporkan bahawa sebentuk cincin gangsa yang telah dijumpai 50 tahun yang lalu di tapak cari gali Herodes berdekatan Betlehem telah didapati memaparkan nama Pontius Pilatus, Gabenor Rum untuk Yerusalem dan orang yang telah mengarahkan penyaliban Yesus, menurut Perjanjian Baru. 

Ha'aretz melaporkan nama itu telah ditemui pada cincin itu dengan penggunaan satu kamera khas di makmal Pihak Berkuasa Barangan Antik Israel. Huruf-huruf pada cincin itu mengejakan dalam tulisan Yunani "Pilatus." Kata-kata itu mengelilingi gambar sebuah bekas wain. 

Profesor Hebrew University, Danny Schwartz memberitahu Ha'aretz bahawa Pilatus adalah nama yang amat jarang ditemui di Israel. "Saya tidak kenal Pilatus yang lain dari zaman itu, dan cincin itu menunjukkan dia adalah seorang yang memiliki kedudukan dan kekayaan," kata Schwartz, menurut artikel itu.

Cincin itu dijumpai di tapak cari gali Herodes berdekatan Betlehem

Cincin itu adalah cincin cop mohor, yang merupakan kebiasaan pada zaman kuno, dan digunakan untuk memeteraikan surat-surat dan mengecop dokumen-dokumen rasmi dengan lilin cair. "Para penyelidik percaya ianya telah digunakan oleh gabenor dala tugas seharian, atau dipunyai oleh salah seorang pegawainya atau seseorang dalam pejabatnya, yang akan menggunakanya untuk menandakan nama Pilatus," Ha'aretz melaporkan. 

Mengukuhkan lagi kemungkinan bahawa cincin itu adalah milik Pontius Pilatus dari Perjanjian Baru adalah fakta bahawa cincin jenis ini adalah "ciri khas" angkatan tentera berkuda pada zaman Rum, yang mana Pilatus adalah anggotanya, Ha'aretz melaporan.



Pilatus adalah gabenor kelima wilayah Yudea, yang berkhidmat di bawah Maharaja Tiberius dari 26 ke 36 Tahun Masihi, walaupun ada sedikit pertikaian mengenai tarikhnya yang tepat. 

Cincin itu asalnya telah dijumpai oleh Profesor Gideon Forster tidak lama selepas Perang Enam Hari pada 1968-69, Ha'aretz melaporkan.

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk "Pontius Pilate's Ring Discovered Near Bethlehem" bertarikh 30 November 2018)