Jumaat, 7 Disember 2018

Saksikanlah Perarakan Krismas Kuching Sabtu Ini

Kereta berhias semasa Perarakan Krismas Kuching 2015

KUCHING: Lebih dari 7,000 orang Kristian akan mengambil bahagian dalam Perarakan Krismas Kuching 2018 esok.

Perarakan dari 6 petang hingga 9.30 malam akan bermula di Padang Sukan Jubilee, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Padungan.

Pengerusi penganjur, William Ting berkata perarakan Krismas telah diadakan di sini untuk lebih 10 tahun.

Tema Perarakan Krismas 2018

Perarakan 4 km itu akan bergerak dari Padang Sukan Jubilee, MBKS ke Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman (Waterfront), Lebuh Temple (Harbour View Hotel), Lebuh Wayang (Medan Pelita), Jalan Tabuan (Ting & Ting Supermarket/Borneo Hotel), Jalan Ban Hock (Grand Continental Hotel/MBKS flats), dan kemudian balik lagi ke Padang Sukan Jubilee, MBKS.

"Dianggarkan lebih 7,000 akan menyertai salah satu acara jalanan Kuching yang paling besar dan berwarna-warni pada Sabtu malam dengan tujuan menyampaikan erti sebenar Krismas, yang akan membawa berkat, harmoni dan kebajikan kepada rakyat," Ting memberitahu satu sidang akhbar semalam.

Perarakan Krismas Kuching 2017

Gereja-gereja yang mengambil bahagian adalah Roman Catholic Church, Anglican Church, Methodist Church SCAC, Methodist Church SIAC, BEM (SIB) Church, Seventh Day Adventist Church, The Salvation Army, Sarawak Baptist Church, Blessed Church, Sarawak Grace Assembly Kuching, Hope Church Kuching, Calvary Family Church, Good News Fellowship, City Harvest Church, and Fellowship of Evangelical Students (FES) dari universiti-universiti.

Program itu termasuklah pujian dan penyembahan dan juga pengedaran hadiah.

Ting berkata para peserta juga akan berdoa untuk negara dan rakyat.

"Dengan perarakan ini, kami berharap membawa kedamaian kepada negeri dan negara," katanya sambil menambah bahawa perarakan itu akan memaparkan 16 kereta berhias Krismas.

Kereta berhias semasa Perarakan Krismas Kuching 2012

Perarakan ini dianjurkan oleh Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) dan Persekutuan Pastor-Pastor Kuching dengan Gereja Methodist SCAC sebagai tuan rumah tahun ini.

(Diterjemahkan daripada artikel Borneo Post, bertajuk, "Over 7,000 To Join Kuching Christmas Parade" yang ditulis oleh Jacob Achoi bertarikh 7 Disember 2018)