Sabtu, 23 Februari 2019

George Muller - Hidup Yang Menginspirasikan


George Muller telah mengasaskan sekolah-sekolah dan rumah-rumah anak yatim ketika melayani sebagai misionari di Bristol, England pada awal 1880an. Kesaksiannya yang rendah hati mengenai pembekalan ajaib Tuhan untuk keperluan ribuan anak-anak di bawah jagaannya masih menginspirasikan iman kita hari ini.

Allahku akan memenuhi segala keperluanmu menurut kekayaan dan kemuliaan-Nya dalam Kristus Yesus. -- Filipi 4:9.

Malam menyelubungi pelabuhan Bristol, dan di rumah anak-anak yatim yang telah diasaskan oleh George Muller dan isterinya, anak-anak itu sedang bersiap untuk tidur. George sedang bekerja di pejabatnya apabila isterinya muncul dengan berita mencemaskan. "Kita kehabisan susu," katanya. "Tidak cukup untuk hidangan oat pagi esok."

George meletak ke tepi pennya. Ini bukanlah kali pertama kewangan begitu ketat untuk membeli makanan dan bekalan lain. Suami isteri Muller telah menerima kumpulan pertama tiga puluh anak-anak perempuan pada 1836, dan rumah anak yatim mereka kini berjumlah lebih seratus orang. Dari mulanya, George telah bertekad untuk tidak meminta dana daripada orang atau meminjam wang. Dia pergi hanya kepada Tuhan untuk setiap keperluan, mempercayai sepenuhnya dalam kesetiaan dan pembekalan Tuhan.


Pastor itu bangkit dari mejanya dan memegang tangan isterinya. "Mary," katanya, "Marilah kita berdoa. Dua kakitangan rumah anak yatim itu, menyertai mereka, dan bersama-sama mereka membuat permohonan yang rendah hati, namun amat memerlukan kepada Tuhan. Mulut-mulut kecil dan kasihan sedang bersandar pada mereka untuk makanan. "Yakinlah, jika anda berjalan dengan Tuhan dan memandang kepada-Nya dan mengharapkan pertolongan  daripada-Nya," George mengingatkan mereka kemudiannya, "Dia tidak akan mengecewakan anda."

Ada orang mengetuk di pintu. Mary bergegas untuk menyambutnya, dan kembali ke pejabat itu sejenak kemudian. Dia menghulurkan kepada suaminya sepucuk surat. "Ada surat, George. Cepatlah buka dan tengok."

Di dalamnya ada sejumlah wang, lebih dari mencukupi untuk susu yang mereka perlukan. Dalam beberapa minit, dua lagi surat tiba dengan wang dan ikrar untuk memberi sokongan.

Jawapan doa yang segera dan berkelimpahan ini telah menjadi pengalaman biasa untuk Muller. Setelah dia mula beriman dan merenung secara serius Alkitab, dia telah bertekad untuk percaya saja Tuhan akan Firman-Nya. Sebagai seorang pastor, dia mengambil keputusan untuk hidup tanpa gaji, bergantung hanya pada wang yang diberikan kepadanya. George belajar berdoa dengan jujur dari hatinya, memohon kepada Bapanya untuk menggerakkan hati manusia supaya mereka akan membekalkan kepadanya dan keluarganya dengan apa yang mereka perlukan untuk hidup.

Anak-anak yatim di bawah jagaan suami isteri Muller

Sebagai seorang yang mengakui dirinya "orang miskin," berkenaan pekerjaan baik dan kekudusan, George amat menyedari kekurangannya secara rohani. George telah membesar sebagai anak yang mewah dan angkuh seorang peguam, dan kerap kali minum, berjudi dan tidak menjelaskan hutangnya. Seperti yang dikisahan dalam Autobiography of George Muller, pada suatu malam, dia telah mengikuti satu pertemuan doa, dan segala-galanya berubah. Dia telah membuang tiga ratus buku dari koleksi peribadinya dan hanya menyimpan satu, iaitu Alkitab, satu-satunya buku yang dirasakan perlu oleh George kini.

Pada suatu malam ketika mencari Tuhan mengenai rumah anak yatim itu, dia telah mendengar, "Bukalah dengan lebar mulutmu dan Aku akan mengisinya." Dan dengan itu satu eksperimen iman yang hebat pun bermula.

Berdepan dengan kesukaran berkenaan rumah-rumah sewa di mana anak-anak itu tinggal, dia berimpian untuk membina sebuah rumah anak yatim di tanahnya sendiri dengan setiap kemudahan. Ianya telah mengambil lapan belas bulan untuk mengumpulkan jumlah wang permulaan , dan sepanjang masa itu, George menghitung hari-hari yang dihabiskan dalam doa dan merekodkan dana sambil ianya tiba perlahan-lahan. Setiap derma - jawapan Tuhan terhadap doanya dan bukannya hasil rayuan kepada manusia untuk wang - menggalakkanya untuk meneruskan impiannya. Pada akhirnya dita telah membina lima rumah, yang memakan perbelanjaan lebih $100,000 untuk dibina, yang merupakan lebih $14,000,000 dalam nilai wang hari ini.

Rumah anak yatim pertama yang dibina oleh George Muller di Ashley Down

Institusi-institusi itu telah menjadi teladan pada waktu itu, ketika wujud begitu sedikit tempat seperti itu. Ramai anak-anak yatim tinggal di jalanan atau pergi ke asrama kerja anak-anak miskin, di mana mereka dilayani seperti hamba-hamba abdi. Di rumah-rumah Muller, setiap anak dijaga dengan kasih sayang, diberi pakaian, makanan dan pendidikan, dengan pengajaran Kristian sebagai dasarnya. Dan ketika mereka meninggalkan rumah anak yatim itu sewaktu lewat remaja, mereka seterusnya menjalani hidup yang berhasil.

George telah mengumpulkan setiap syiling untuk pelayanannya yang bagus ini dengan berlutut, melalui doa permohonan dan kesyukuran yang tidak henti-henti dan iman yang tidak pernah goyah kepada Tuhan.

Hampir dua ratus tahun kemudian, Dana Kebajikan George Muller di Bristol masih beroperasi hari ini dan terus menuruti komitmen George untuk mencari dana hanya melalui doa. Berpuluh-puluh ribu jiwa - anak-anak yatim dan anak-anak lain, keluarga-keluarga dan orang-orang tua - telah dibantu.


Seperti George memperingatkan kita, "Bukan setiap anak Tuhan dipanggil oleh Tuhan untuk menubuhkan sekolah-sekolah dan rumah-rumah anak yatim dan untuk mempercayai Tuhan untuk kecukupan melakukannya. Namun begitu, tidak ada sebabnya anda tidak boleh mengalami, jauh melebihi apa yang kami alami kini, kerelaan-Nya untuk menjawab doa-doa anak-anak-Nya."

Bertekunlah dalam doa dan berjaga-jaga serta mengucap syukur. -- Kolose 4:2 (AVB)

(Diterjemahkan daripada artikel Guideposts bertajuk, "The Inspiring Life of George Muller" bertarikh 8 Februari 2019)