Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin telah dipersatukan dalam pernikahan dengan Lee Yeow Seng, anak seorang jutawan yang menguasai kumpulan kelapa sawit dan hartanah IOI pada Jumaat, 29 Mac, begitu dilaporkan oleh agensi berita Bernama.
Upacara perkahwinan itu di Hotel Le Merideien di Putrajaya telah dikendalikan oleh Pastor Ramanchandran Muniandy.
Yeo yang biasanya tidak berkata banyak mengenai hubungannya dengan Lee, telah mendedahkan bagaimana Lee telah meminta persetujuannya untuk menikah dengannya dan waktu-waktu lampau dalam hidupnya di mana dia mungkin telah bertemu dengan suaminya.
Berikut adalah catitan Yeo di Facebook yang telah mendapat 18,000 like dengan 1,200 share dalam masa hanya beberapa jam setelah diposkan:
"Saya membesar di sebuat estet kelapa sawit yang dipanggil Estet Gomali, di mana ibu saya bekerja sebagai kerani. Ketika saya di tadika, Estet Gomali telah dibeli oleh syarikat ayahnya. Dia membesar dengan mengikuti ayahnya dalam kunjungan kerap ke kumpulan estet di kawasan itu. Kami tidak bertemu. Atau adakah kami telah bertemu tanpa menyedarinya?
Semasa membesar, saya suka ke Kelab Paya Lang yang berdekatan Gomali untuk berenang pada hujung minggu, (Itu adalah salah satu kemudahan yang diberikan kepada pekerja), dan dia suka singgah untuk ais krim di kelab itu setiap kali ayahnya membawanya untuk melawat estet-estet. Kami tidak bertemu. Atau adakah kami telah bertemu tanpa menyedarinya?
Syarikat memberikan anugerah akademik kepada anak-anak pekerja estet yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan penting. Saya menerima anugerah daripada ayahnya untuk PMR dan kemudian daripada abangnya untuk SPM. Kami tidak bertemu. Atau adakah kami telah bertemu tanpa menyedarinya?
Dan kemudian pada suatu hari, semuanya yang tersurat menjadi. Kami bertemu. Dan semuanya menjadi dengan mengkagumkan sekali.
Pada 3 Januari 2019, dia telah meminta persetujuan saya untuk menikah dengannya semasa jelajah perahu di universiti impian saya, dan tempat pengajian saya dahulu, Universiti Cambridge, dengan cara yang paling tidak disangka.
Saya telah menjalani hidup bujang yang bahagia dan penuh kepuasan selama 35 tahun, bebas untuk mengejar impian saya; hari ini saya membuat janji di hadapan Tuhan bahawa saya akan bersama lelaki ini untuk selama yang kami hidup, dalam waktu senang dan waktu susah, dalam sakit dan sihat, seperti Alkitab katakan, "Berdua lebih baik daripada seorang diri... Kerana kalau mereka jatuh, yang seorang mengangkat temannya."
Pasangan Lee dan Yeo |
Semoga dapat berpanjangan umur sambil mencapai bersama impian kami.
Kasih itu sabar, kasih itu murah hati, ianya tidak memburu kepentingan sendiri, ianya tidak menyimpan kesalahan orang. Ianya sentiasa melindungi, sentiasa mempercayai, sentiasa berharap, dan sentiasa sabar menanggung segala sesuatu. (1 Kor 13)"