Sabtu, 30 Mac 2019

Apakah Makna Sebelum Masihi dan Tahun Masihi?


Penggunaan B.C. (Sebelum Masihi) dan A.D. (Tahun Masihi) adalah cara-cara untuk menentukan tahun-tahun dalam kalendar. Ianya tidak diajar dalam Alkitab, tetapi ianya adalah sistem biasa merekod tarikh di sekeliling dunia. Sistem ini tidak menggunakan Tahun 0 kerana ianya menetapkan tahun sebelum dan selepas suatu detik yang khusus dalam garis masa yang kita kenali - titik tolak dari suatu peristiwa utama dalam sejarah manusia. Apakah titik tolak peristiwa yang penting itu? Kelahiran Yesus Kristus!

Apakah itu B.C. dan A.D.?

Tujuan untuk membahagikan sejarah manusia oleh kelahiran Yesus Kristus (Isa Al-Masih) adalah untuk menekankan kenyataan bahawa kemunculan-Nya d dunia kita telah mengubah segala sesuatu. Yohanes 3:16 memberitahu kita, "Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui Dia, dunia ini diselamatkan."

Tanggapan biasa adalah B.C. itu bermakna "Before Christ" dan A.D. bermakna "After Death," iaitu selepas kematian Kristus. Tetapi itu hanya separuh betul. Memang betul B.C. bermakna "Before Christ," tetapi A.D. sebenarnya bermakna Anno Domini, frasa Latin yang bermaksud "dalam tahun Tuhan kita." Selepas kelahiran Yesus, kita mula hidup dalam "tahun Tuhan kita." Seperti yang dinyatakan oleh Filipi 2:10-11, "...supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut,segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi, dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan, untuk mendatangkan kemuliaan kepada Allah Bapa."

B.C. (Before Christ) = Sebelum Masihi

A.D. (Anno Domini) = Tahun Masihi
(Anno Domini: Year of our Lord) 

Sistem pentarikhan B.C. / A.D. tidak sepenuhnya dilaksana dan diterima sehingga beberapa abad selepas kematian Yesus, oleh itu tidaklah menghairankan bahawa mereka tidak mendapat tarikh lahir Yesus yang tepat apabila mereka membuat pengiraan mereka. Para sarjana kemudiannya menyedari bahawa Yesus sebenarnya dilahirkan sekitar 6-4 tahun Sebelum Masihi (bukan 1 Tahun Masihi). Namun begitu, ketepatannya tidak begitu penting; yang penting adalah sistem ini menggunakan Yesus Kristus sebagai garis pemisah di antara yang "lama" dan yang "baharu." Kelahiran, pelayanan, kematian dan kebangkitan-Nya adalah detik-detik perubahan dalam sejarah dunia dan destini kemanusiaan.

"Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baru. Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru." (2 Kor 5:17, AVB)

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel 412 Teens bertajuk, "What Is The Meaning of BC & AD (B.C. & A.D.)?"  yang ditulis oleh Catiana Nak Kheiyn)