Ahli-ahli arkeologi di Yerusalem baru-baru ini telah menemukan dua cop meterai yang kecil - satu yang diperbuat dari tanah liat dan satu lagi dari batu - dan satu daripadanya dapat memberikan lebih bukti lagi ketepatan Perjanjian Lama dari segi sejarah.
Kedua-duanya telah ditemui di tapak penggalian di Givati Parking Lot di City of David dan dipercayai berusia lebih kurang 2,600 tahun. Cop meterai tanah liat itu memaparkan tulisan "(milik) Natan-Melekh, Hamba kepada Raja" (seperti dalam foto di atas yang diambil oleh Eliyahu Yanai dari City of David). Ini penting sebab Natan-Melekh telah disebut dalam kitab 2 Raja-Raja sebagai seorang pegawai dalam pentadbiran Raja Yosia.
Ahli arkeologi, Dr. Yiftah Shalev memberitahu The Times of Israel. "Bukanlah kebetulan bahawa cop meterai dan kesan meterai dijunpai di sini." Seperti yang dicatitkan oleh pasukan mencari gali, kawasan Citu of David adalah pusat pentadbiran yang penting di Yerusalem. Penemuan-penemuan itu telah mengesahkan garis masa itu.
Dalam satu siaran akhbar dari Pihak Berkuasa Antik Israel, ahli-ahli arkeologi itu menerangkan, "Artifak-artifak ini membuktikan sistem pentadbiran yang amat maju dalam Kerajaan Yehuda. dan telah menambahkan cukup banyak maklumat kepada pemahaman kita tentang status ekonomi Yerusalem dan sistem pentadbirannya pada zaman Bait Allah yang pertama, dan termasuk maklumat peribadi pegawai-pegawai dan para pentadbir yang paling rapat dengan raja, yang telah menetap dan bekerja di kota itu/"
(Diterjemahkan daripada artikel Relevant Magazine bertajuk, "Do These Rare Seals Prove The Existence Of An Obscure Biblical Figure?" bertarikh 1 April 2019)