Ahad, 17 Mac 2019

Penduduk Sabah Hampir 4 Juta Orang Menjadikannya No.2


KOTA KINABALU: Perangkaan dari Jabatan Statistik menunjukkan Sabah memiliki penduduk kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor dengan 3.9 juta penduduk pada 2017. Di bandaraya itu sahaja, terdapat 553,900 penduduk, 51.5 peratus lelaki dan 48.5 peratus perempuan. 

Selain daripada menjadi pusat pentadbiran, Kota Kinabalu kini adalah sebuah destinasi pelancongan yang utama. Berdasarkan laporan daripada Lembaga Pelancongan Sabah, jumlah ketibaan pelancong di Sabah telah mencapai 3.7 juta pada 2018. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Daily Express bertajuk, "Sabah's Nearly 4M Population Makes It No 2" bertarikh 17 Mac 2019)