Saya adalah ahli Lembaga Pengarah untuk jurnal Image, dan dalam suatu edisi terbaru, kami telah menemubual Barbara Brown Taylor, seorang paderi Episcopal, guru dan pengarang 14 buku. Dalam perbualan itu, dia mengatakan sesuatu yang membuatkan saya tergamam. Sesuatu yang dilakukan oleh Yesus yang harus difikirkan dengan lebih mendalam oleh sesiapa pun yang biasa menyampaikan iman Kristian. Terutamanya jika anda seorang pastor, pemimpin pelayanan atau terlibat dalam komunikasi, saya menggalakkan anda untuk merenungkan pengertian yang mengkagumkan ini:
Barbara Brown Taylor: "Pada pandangan saya, Yesus telah mengubah hidup manusia kerana dia dapat mengubah cara orang melihat hidup mereka. Dia mencabar mereka untuk melihat orang asing sebagai saudaranya (sesamanya), kanak-kanak sebagai guru, musuh sebagai cermin, Ilahi sebagai bapa yang mengasihi.
Dia membantu mereka melihat orang-orang kusta, wanita-wanita dan perwira Rum sebagai teladan iman. Dia meminta mereka melihat bahawa orang terpenting di meja makan adalah pelayan, dan tempat terakhir dalam barisan adalah tempat untuk dihajati.
Pada ketika ini saya tidak dapat fikirkan satu kisah yang telah disampaikannya yang tidak bermaksud mengubah cara pendengar-pendengarnya melihat dunia. Saya percaya dunia seni dapat melakukan hal yang sama. Mereka boleh menghancurkan hati saya, memperbaharui kecekalan saya, memusnahkan prasangka saya, memberikan saya penglihatan yang baru."

(Diterjemahkan daripada artikel Outreach Magazine bertajuk, "A Stunning Insight On Jesus And Evangelism" yang ditulis oleh Phil Cooke bertarikh 5 Mac 2019)