Sabtu, 9 Mac 2019

5 Wanita Yang Tidak Dinamakan Dalam Alkitab


Seringkali wanita yang muncul dalam Alkitab tidak dinamakan. Namun begitu kisah mereka tidak dapat dilupakan.

Wanita mempunyai bahagian penting dalam pelayanan Yesus. Ramai daripada mereka kita kenal namanya - Marta dan Maria Magdalena umpamanya - tetapi seringkali wanita yang muncul tidak dinamakan. Namun begitu kisah mereka tidak dapat dilupakan. 

1) Janda Dengan Dua Keping Syiling

Semua orang kaya itu memberikan jumlah besar di bait Allah - dan berharap dilihat orang - tidak dapat dibandingkan dengan janda yang hanya memberi dua syiling tembaga. Mereka telah memberikan dari kelimpahan mereka, dan dia memberi dari apa sedikit yang dia ada. Yesus telah memujinya kerana kemurahan hati yang sejati hanya dapat diukur dari hati.

2) Wanita Yang Disembuhkan Dengan Sentuhan

Yesus dikelilingi oleh orang ramai tetapi ketika wanita itu menyentuh hujung jubahnya, Yesus merasakannya. Selama dua belas tahun wanita itu telah menderita pendarahan. Dengan serta-merta pendarahannya berhenti. Yesus mencarinya dan berkata kepadanya, "Anakku, imanmu telah menyembuhkanmu..."

3) Wanita Yang Tertangkap Dalam Perzinahan

Untuk menguji Yesus, orang-orang Farisi membawa kepadanya seorang wanita yang telah ditangkap dalam perzinaan. Menurut Taurat, mereka berkata, dia harus direjam batu. "Sesiapa di antaramu yang tidak berdosa, hendaklah dia yang pertama merejam batu kepadanya." Yesus berkata lalu tunduk dan menullis di tanah. Ketika dia menoleh ke atas, mereka semua telah beredar dari situ. Tiada seorang yang tinggal untuk mengutuknya. Dia juga tidak.

4) Janda Dari Nain

Status seorang janda berisiko tinggi pada zaman Yesus. Dia bergantung kepada anak-anaknya untuk sara hidup. Janda dari Nain ini dalam keadaan menderita, meratapi anak lelakinya yang tunggal, juga sumber bantuannya yang tunggal, yang meninggal dunia. Yesus merasa belas kasihan kepadanya. Dia menyentuh keranda di mana anak muda itu berbaring dan berkata, "Bangun." Anak muda itu bangkit, dan Yesus mengembalikannya kepada ibunya.

5) Wanita Di Tepi Sumur

Yesus meminta air daripada wanita Samaria pada waktu orang-orang Yahudi tidak mahu apa pun kaitan dengan orang-orang Samaria. Yesus dan wanita Samaria itu bercakap mengenai air, tetapi bukan jenis yang boleh diperolehi dari sumur. "Sesiapa yang meminum air yang Kuberikan kepadanya nanti tidak akan dahaga lagi selama-lamanya," Yesus mengatakan.

Wanita itu inginkan air itu. Yesus memberitahunya untuk memanggil suaminya. Ketika dia berkata bahawa dia tidak mempunyai suami, Yesus menyatakan bahawa wanita itu telah bercakap benar: dia telah mempunyai lima suami, dan lelaki yang bersamanya waktu itu bukan suaminya.

Itu adalah pertemuan rohani yang telah sesungguhnya mengubah hidup wanita itu. Adakah Yesus Mesias? Yesus menjawab, "Akulah Dia. Wanita itu kembali ke kotanya dan memberitahu semua orang bahawa dia telah bertemu Yesus, Peribadi yang mengenal segalanya mengenai dirinya.

(Diterjemahkan daripada artikel Guideposts bertajuk, "5 Unnamed Women Of The Bible" yang ditulis oleh Rick Hamlin bertarikh 30 Januari 2018)