Ahad, 19 Mei 2019

Scott Morrison Rayakan Kemenangan "Mukjizat"


SYDNEY (Reuters): Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata bahawa kerajaannya telah mencapai keputusan mukjizat dalam pilihanraya hari Sabtu di mana ianya telah tanpa disangka kelihatan akan mengekalkan pemerintahan, dengan berkata bahawa kemenangan itu adalah untuk "rakyat Australia pendiam" yang menyokongnya. 

"Saya dari dulu sentiasa percaya pada mukjizat!" Morrison memberitahu penyokong-penyokong Parti Liberal yang bersemangat sekitar tengah malam.

Kerajaan gabungn itu dalam kedududan untuk terus berkuasa dengan lebih dari separuh undi telah dikira pada hari Sabtu, walaupun masih tidak jelas ianya dapat memerintah dengan majoriti mudah dan keputusan akhir mungkin tidak dapat diketahui hujung minggu ini.

Keputusan itu jelas berbeza berbanding dengan bancian pra-pilihanraya, yang telah meramalkan Parti Labor haluan tengah kiri akan menang.

(Diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "Australian PM Morrison Celebrates Unexpected Election Victory" dilporkan oleh John Mair bertarikh 18 Mei 2019)