Selasa, 4 Jun 2019

Jom Sertai Borneo Youth Revival September Ini!


Shalom! Satu acara untuk pemuda-pemudi Kristian, "Borneo Youth Revival" akan diadakan di Grace Convention Centre di Petaling Jaya pada 13-15 September 2019.

Pihak penganjur, Borneo Youth Revival Movement menyatakan bahawa, "Tujuan dan kerinduan kami ialah melihat generasi penerus kekristianan di Malaysia semakin teguh dan ini akan menjadi satu kegerakan dan kebangkitan rohani khusus di kalangan para belia."

Mereka juga menyatakan bahawa, "Kami percaya dengan kerinduan kita semua melihat kebangunan rohani ini terjadi di kalangan kita, sudah pasti Tuhan akan bekerja dengan luarbiasa!"

Cetakan skrin dari borang pendaftaran Borneo Youth Revival 2019

Acara itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 10 malam pada 13 dan 14 September. Manakala pada 15 September, acara akan berlangsung dari 9 malam sehingga 12 tengah malam dan diakhiri dengan countdown Hari Malaysia.

Anda boleh mendaftar untuk acara Borneo Youth Revival 2019 ini melalui link ini.

Maklumat terbaru mengenai acara ini boleh diperolehi melalui Facebook Borneo Youth Revival Movement.

Jom kita pergi!