Hai, saya Bishop Moon Hing, Bishop Anglikan untuk Diosis Malaysia Barat, dan saya gembira dapat kesempatan sedikit waktu berkongsi dengan anda sesuatu mengenai Covid-19.
Ramai orang telah menanya soalan, "Mengapa Tuhan? Mengapakah Covid-19?" Ramai orang telah memberikan banyak nubuatan dan kita telah dengar banyak penelitian dari ayat Alkitab, dan saya tidak akan ulangi semua itu. Dan saya percaya ramai orang punya cara mereka sendiri dan ada juga telah menggunakan perkataan Covid-19, dan dari depan dan dari belakang menggunakan huruf-hurufnya untuk memberikan singkatan semua maknanya.
Tetapi hari ini, saya ingin kembali kepada Covid-19, dan orang ramai menanyakan mengapakah Tuhan mengizinkan hal-hal seperti ini.
Jadi kita perlu kembali kepada ayat-ayat suci Alkitab dan mengetahui dengan jelas apa yang Tuhan telah nyatakan dalam Alkitab.
Pertamanya, Tuhan tidak pernah menjanjikan kita bahawa tidak akan ada penyakit.
Keduanya, Tuhan tidak pernah menjanjikan kita, sebagai anak-anak-Nya tidak akan menderita.
Ketiganya, Tuhan tidak pernah menjanjikan anak-anak-Nya bahawa kita tidak akan mati ketika di bumi.
Jadi dengan tiga pemahaman ini, kita menyedari bahawa kita adalah sebahagian daripada dunia yang telah runtuh. Sejak Taman Eden, manusia telah hidup dalam dunia ini bersama dengan dosa, dan dunia ini telah mengalami keruntuhan kerana dosa.
Dan oleh kerana dosa, akan adanya penyakit, penderitaan dan kematian. Itu datang bersama dengannya.
Jadi kita tidak ada pilihan. Tetapi Tuhan ada mengatakan, "Jika engkau datang kepada-Ku, Akulah tempat perlarian bagimu. Jika engkau datang kepada-Ku, Akulah tempat perlindungan bagimu. Jika engkau datang kepada-Ku. Aku akan memberikan bagimu tempat persembunyian. Dan Aku akan berjalan bersamamu." Itulah yang Tuhan katakan.
Jadi kita masih boleh berdoa agar tidak akan ada penyakit, tidak ada penderitaan dan tidak ada kematian, tetapi itu tidak akan terjadi dalam dunia ini. Setiap kita perlu menghadapinya. Sehinggalah kita kembali ke syurga baharu dan bumi baharu, pada waktu itu tidak ada lagi penyakit, penderitaan dan kematian.
Tetapi di dunia ini, tiga perkara ini akan terjadi. Tetapi kita hanya tahu bahawa Tuhan tidak menjanjikan kita bahawa tidak ada musuh-musuh, Tuhan tidak menjanjikan kita bahawa tidak ada kesusahan dan cabaran. Tuhan tidak menjanjikan kita bahawa tidak ada ribut. Akan ada ributnya.
Akan Ada Ribut Ketika Di Bumi
Murid-murid Yesus mengalami ribut. Mereka menghadapi ribut tetapi Yesus datang. Yesus berkata, "Jika engkau tinggal bersama-Ku, Aku dapat meredakan ribut itu untukmu. Jika engkau tinggal di bawah lindungan-Ku, Aku dapat menyembuhkan penyakitmu. Jika engkau tinggal bersama-Ku, Aku akan mengalihkan penderitaanmu." Jadi ini adalah beberapa perkara untuk kita selalu ingati.
Murid-murid Yesus mengalami ribut. Mereka menghadapi ribut tetapi Yesus datang. Yesus berkata, "Jika engkau tinggal bersama-Ku, Aku dapat meredakan ribut itu untukmu. Jika engkau tinggal di bawah lindungan-Ku, Aku dapat menyembuhkan penyakitmu. Jika engkau tinggal bersama-Ku, Aku akan mengalihkan penderitaanmu." Jadi ini adalah beberapa perkara untuk kita selalu ingati.
Jadi sekarang, kita perlu menanya diri kita, dan anggota-anggota gereja kita, dan keluarga-keluarga kita untuk datang di bawah payung Tuhan.
Pada waktu Musa dan umat Israel keluar dari Mesir, Tuhan tidak menjanjikan mereka bahawa tidak ada kesukaran, Tuhan tidak menjanjikan mereka bahawa mereka tidak akan mati. Tuhan tidak menjanjikan mereka bahawa tidak ada penyakit. Tetapi Tuhan berkata, "Aku akan memberikan kepadamu tiang api pada waktu malam dan tiang awan pada waktu siang. Engkau akan dilindungi."
Jadi apabila kita menghadapi semua perkara ini, ianya bukanlah tiada memiliki harapan. Apabila kita menghadapi penyakit, penderitaan dan kematian, anda tidak akan berhadapan dengan keadaan yang tiada harapan, sebab harapan kita terjamin dalam Tuhan dan dalam masa depan. Pengharapan kita terletak pada Tuhan, yang Mahakuasa yang telah menyediakan bagi kita syurga dan bumi yang kekal, Yerusalem baharu, Syurga baharu dan Bumi baharu.
Jadi kita menuju ke arah itu dengan pengharapan. Jadi kita perlu berjuang dalam perjuangan ini di sini dengan datang di bawah bayangan Tuhan, dengan datang di bawah sayap perlindungan Tuhan, dan datang untuk percaya dan meletakkan kepercayaan kita di dalam-Nya.
Dua perkara yang Tuhan telah katakan kepada kita. Dia berkata, "Dengarlah firman-Ku, dan lakukanlah perintah-Ku." Jika kita terus mendengarkan Firman, itu bererti kita perlu mendengarkan-Nya dan kita perlu dekat dengan-Nya, kita perlu mengenali-Nya, kita perlu mempelajari mengenai-Nya dan mendengarkan firman-Nya.
Dan kemudian kita perlu mentaati perintah-perintah ini. Jika kita mentaati perintah-perintah ini. itu bererti kita perlu percaya kepada-Nya, sebab pertamanya, Dia baik, keduanya, Dia tidak punya niat jahat, dan ketiga, Dia mengasihi kita lebih daripada kita mengasihi diri.
Jadi kita perlu percaya kepada-Nya dan berjalan dalam jalan-Nya. Jika kita melakukan itu, kita akan datang di bawah payung-Nya, sayap-Nya, kita semua berada di bawah perlindungan dan tempat persembunyian-Nya. Dan Dia akan melindungi kita dan membimbing kita melaluinya. Meskipun ada penyakit, penderitaan dan kematian, tetapi kita tidak akan ketiadaan harapan.
Saya menginginkan ini untukmu dan saya ingin agar kita semua akan datang ke dalam pengetahuan yang menyelamatkan dan kasih kurnia dari Tuhan, dan kita akan tinggal di dalam dan menjadi komited dan kembali kepada-Nya, dan hanya berdoa dan mengenali-Nya hari demi hari.
Tuhan memberkatimu! Amen.
(Diterjemahkan daripada video Rhema Radio oleh Bishop Ng Moon Hing bertarikh 27 Mac 2020)