Sambil mneyifatkan komen-komen itu sebagai "tidak boleh diterima", presiden SCC, Rev Bishop James Wong berkata adalah sedih dan mengecewakan untuk mendengar komen-komennya terutama ketika perayaan Hari Kemerdekaan ke-63 negara di mana rakyat Malaysia telah merayakan selama ini kekuatan dan kesatuannya dalam kepelbagaian.
"Dia bukan hanya tersilap dalam fakta-faktanya, tetapi juga dengan bertindak demikian telah melampaui garis kesusilaan, apa lagi hormat untuk yang sewarganegara dan sesama manusia," dia mengatakan, dan menyatakan ketidakpuasan khususnya atas usaha Zawawi menjelaskan dengan mengatakan bahawa orang-orang Kristian tiada hak untuk tersinggung kerana itu adalah fakta bahawa Kitab Injil telah dipesongkan.
"Daripada berbahas mengenai hal-hal lebih berat masa kini mengenai kebajikan dan keselamatan rakyat, YB Pasir Putih memilih untuk mengkritik Bible, yang adalah Kitab Suci untuk semua orang Kristian, bukan saja di Malaysia tapi juga di seluruh dunia," dia berkata dalam satu kenyataan hari ini.
"Untuk mengatakan bahawa rakyat yang sewarganegara yang berlainan agama daripadanya perlu untuk memperoleh 'hak untuk tersinggung' telah dengan sepenuhnya mengetepikan perasaan dan sentimen bangsa-bangsa dan komuniti-komuniti agama lain di negara ini," katanya.
Setelah begitu menyinggung perasaan umat Kristian di Malaysia, Wong meminta Nik Zawawi untuk menyatakan permohonan maaf yang tidak berbelah bahagi dan menarik balik kenyataan-kenyataan yang diucapkannya di dalam dan di luar Parlimen.
"Kmi juga meminta kerajaan untuk memberikan teguran kepada YB Pasir Putih kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak hormat dan tidak sensitif yang menyinggung komuniti-komuniti Kristian dan untuk memulakan siasatan ke atas kenyataan-kenyataan yang bersifat hasutan daripada YB Pasir Putih yang telah menyinggung bangsa-bangsa lain dan komuniti-komuniti Kristian, yang mungkin akan membangkitkan perasaan negatif di kalangan komuniti-komuniti agama yang berbeza di Malaysia," katanya.
"Sebagai rakyat Malaysia, SCC berpegang secara hormat kepada institusi Parlimen. SCC percaya bahawa manakala Ahli-ahli Parlimen mesti diberikan kebebasan untuk menyatakan pandangan mereka, ianya mestilah dilakukan dalam rangka hormat untuk rakyat yang mereka wakili, ianya mestilah dilakukan untuk kebaikan rakyat, ianya mestilah dilakukan dengan cara yang boleh diteladani oleh rakyat yang dipimpin mereka," katanya.
Dia berkata Parlimen bukanlah tempatnya untuk sentimen keagamaan dan wakil-wakil rakyat bukan hanya mewakili kawasan mereka tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia dari seluruh Malaysia.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "Sabah Churches Call For PAS MP To Be Investigated For Sedition After Bible Remarks" yang ditulis oleh Julia Chan bertarikh 1 September 2020)