Saya mendapat ini dari hantaran seorang kawan di Facebook semalam:
Dakwaan: Kitab Suci yang asli telah dipesongkan.
Memandangkan wujud perbezaan ketara di antara Kristianiti dan Islam berkenaan dengan sifat Allah, manusia dan keselamatan (termasuk cara penyembahan), Muslim perlu memperhatikan perbezaan-perbezaan ini dan pada masa yang sama mengakui bahawa Musa, Daud dan Yesus adalah nabi-nabi utusan Allah. Maka, Muslim mendakwa bahawa wahyu asli yang diturunkan kepada nabi-nabi Yahudi dan Kristian (di mana semua mereka adalah nabi utusan Allah) telah diubah dan dipesongkan. Tuduhan ini diberikan dalam dua cara.
- Penulisan-penulisan di dalam Alkitab telah dipesong dari mula lagi, iaitu isi yang ditulis di dalam dokumen asli adalah isi yang dipesongkan oleh si penulis asli, atau,
- Isi penulisan-penulisan asli Kristian telah diubah dan dipesongkan setelah ia ditulis oleh pihak lain.
Tuduhan ke-2 lebih digunakan oleh Muslim di dalam hujah mereka kerana Al-Quran sendiri mengiktiraf autoriti kitab-kitab Perjanjian lama dan kitab-kitab Injil (Al-Quran 4:48, 136; 5:47-51, 68-71; 10:94).
Tetapi, seperti yang telah kita lihat di dalam bab 19, Perjanjian Baru telah disalin dan diturunkan dengan penuh integriti. Malahan, isi kandungan Perjanjian Lama pada zaman Muhammad adalah sama dengan apa yang dapat kita baca di dalam Alkitab hari ini.[17] Dakwaan bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian telah mengubah dokumen yang asli adalah tidak masuk akal.
Pertama, hal-hal yang perlu diubah adalah sangat banyak. Ini bererti semua hal yang bercanggah di antara Alkitab dan Al-Quran perlu dimasukkan ke dalam Alkitab. Ini termasuk Triniti, Yesus menjadi manusia, penyaliban Yesus, keselamatan hanya melalui iman dan banyak lagi.
Kedua, mengambil kira penyebaran kitab-kitab Perjanjian Baru yang begitu cepat dan luas pada zaman tersebut, adalah mustahil bagi mana-mana pihak untuk mengumpul semuanya dan mengubah semua salinan penulisan yang ada.
Ketiga, tidak wujud mana-mana teks awal Perjanjian Baru yang tidak mengandungi doktrin-doktrin Kristian tersebut.
Islam juga berhadapan dengan satu lagi halangan dalam mempertahankan dakwaan bahwa Alkitab telah diubah dan tidak lagi mengandungi ajaran-ajaran Islam. Al-Quran, yang dikatakan diterima oleh Muhammad daripada Allah sekitar tahun 610 masihi hingga 632 masihi, memberitahu agar merujuk kepada kitab-kitab Kristian untuk menyokong status Muhammad sebagai nabi.
Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu. (Surah 10:94; lihat juga 5:47-51, 72; 19:29-30; 21:7; 29:46-47)
Gleason Archer merumuskan ajaran di dalam Al-Quran dengan terlebih dahulu menekankan bahawa "penulis Al-Quran percaya sepenuhnya bahawa kitab-kitab Perjanjian Lama dan kitab-kitab Injil di dalam Perjanjian Baru sebagai wahyu daripada Allah, dan, Alkitab harus digunakan sebagai sokongan kepada apa yang telah diwahyukan di dalam Al-Quran sebagai kebenaran daripada Allah." [18]
Namun, isi penulisan Alkitab pada zaman itu adalah sama dengan apa yang ada di dalam Alkitab zaman ini. Archer mendapati:
Adalah tidak munasabah untuk menidakkan penulisan Alkitab sebagai tidak lagi sama dengan yang ada pada zaman Muhammad, iaitu tahun 610-632 masihi. Salinan manuskrip-manuskrip lengkap Perjanjian Baru dari abad ke-4 masihi (Codex Vaticanus dan Codex Sinaiticus) dan dari abad ke-5 masihi (Codex Alexandrinus), sudah lama wujud sebelum Al-Quran yang hanya muncul tiga abad selepas itu.
--------
[17] Lihat E. Tov, Textual Criticism of the Hebrew Bible, 2nd ed. (Minneapolis: Fortress, 2001), p. 27; dan lebih umum, Kenneth Kitchen, On the Reliability of the Old Testament (Grand Rapids: Eerdmans, 2003).
[18] Gleason Archer, "Confronting the Challenge of Islam in the 21st Century", in Contend for the Faith: Collected Papers of the Rockford Conference on Discernment and Evangelism, ed. Eric Pement (Chicago: Evengelical Ministries to New Religions, 1992), p.96.