PETALING JAYA: Gereja-gereja bukan Katolik tidak merancang pada masa ini untuk ditutup berkaitan peningkatan jumlah kes-kes Covid-19 yang baharu selepas Diosis Besar Katolik Kuala Lumpur hari ini menangguhkan semua misa di Kuala Lumpur dan Selangor.
Setiausaha agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM), Hermen Shastri berkata tidak ada pembatalan kebaktian oleh denominasi Kristian yang lain setakat ini, walaupun mereka telah dinasihatkan untuk lebih lagi berjaga-jaga.
"Semua gereja-gereja di kawasan-kawasan yang terkesan sedang mengambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan untuk mengurangkan ibadah dan aktiviti lain. Belum lagi dilaksanakan pemberhentian langsung," dia memberitahu FMT.
Dia berkata CCM juga telah mengeluarkan surat nasihat kepada gereja-gereja pada 2 Oktober untuk mengetatkan sekatan untuk kebaktian gereja memandangkan peningkatan bilangan kes-kes Cvid-19.
Ini termasuk kembali kepada berfungsi dengan kapasiti satu pertiga, melarang individu ke atas 70 tahun dan di bawah 12 tahun daripada menghadiri aktiviti gereja, menghadkan bilangan orang di majlis perkahwinan dan pengebumian dan juga melarang sebarang perhimpunan di kediaman persendirian.
"Memandangan kemunculan semula kluster-kluster Covid-19 di banyak bahagian negara, CCM ingin menasihati semua jemaat untuk lebih lagi berjaga-jaga dan mengambil semua langkah keselamatan yang perlu untuk mengurangkan penyebaran virus itu," kata Hermen dalam surat nasihat itu.
"Ketua-ketua gereja masing-masing harus mengarahkan semua langkah-langkah keselamatan yang perlu dan yang bersesuaian dengan jemaat mereka."
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Non Catholic Churches, Hindu Temples Not Closing For Now" yang ditulis oleh Nicholas Chung bertarikh 6 Oktober 2020)