Da bukan saja angkasawan kulit hitam pertama untuk mengikuti tempoh penuh enam bulan dalam makmal yang dalam orbit untuk NASA, tetapi dia juga mengikuti nasihat Yakobus 2:20, "iman tanpa perbuatan adalah iman yang kosong" ke dimensi yang baru. SpaceX Crew Dragon adalah kapal angkasa dibina secara komersial yang pertama disahkan oleh NASA dan FAA untuk membawa para angkasawan ke dan dari orbit rendah bumi, begitu dilapor CBS News.
Sebelum dilancarkan penerbangannya ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa, di mana dia akan tinggal dan bekerja selama enam bulan, Glover memastikan bahawa rohnya tidak kekurangan bekalan.
"Saya sebenarnya telah mengirim ke atas cawan-cawan Perjamuan Kudus dan Alkitab, dan kita ada penerimaan internet yang benar-benar bagus," Glover memberitahu Christian Chronicle.
Menerusi sambungan internet ke angkasa lepas, Glover juga ingin meneruskan kebiasaannya di Bumi dengan menghadiri kebaktian secara talian. Dalam pelbagai temuramah, Glover menekankan kepentingan imannya dalam misi ini.
Angkasawan Victor Glover |
Satu soalan yang popular untuk ditanya kepada seorang angkasawan adalah, "Adakah anda merasa lebih dekat dengan Tuhan di angkasa lepas?"
Dalam satu temuramah secara langsung dari angkasa lepas, NASA menghantar mesej Twitter Glover yang mengisahkan pemandangan indah Bumi:
"Tak ada perkataan untuk mengungkapkannya. Ianya sungguh mengkagumkan, pengalaman sekali dalam sehidup."
Video NASA, Meet the Astronaut mengenai Glover memperkenalkannya sebagai seorang yang beriman.
Dalam kata-kata pendahuluannya, Glover mengucap syukur kepada Tuhan atas berkat dalam kerjayanya dan kesempatan untuk mengejar cita-citanya yang telah diberikan oleh Tuhan.
"Pertama dan terutamanya, "Saya berterima kasih kepada Tuhan dan keluarga saya. Untuk bertugas dan tinggal di angkasa lepas adalah penghormatan besar dan adalah berkat yang mengkagumkan. Ini adalah impian seorang juruterbang uji pandu," katanya.
(Diterjemahkan daripada atikel Charisma News bertajuk, "Christian Astronaut Takes Faith To New Dimension On Space Station" yang ditulis oleh Nadia Joy Schult bertarikh 19 Nov 2020)