Justeru, mahkamah sama memutuskan seorang wanita Kristian
yang berbangsa Melanau berhak menggunakan kalimah "Allah" untuk
tujuan keagamaan dan pendidikan.
Hakim Nor Bee Ariffin hari ini membenarkan tindakan
undang-undang oleh Jill Ireland dalam kemelut yang berlarutan hampir 13 tahun.
Wanita Melanau itu kemudian memfailkan permohonan semakan
kehakiman pada 20 Ogos 2008 untuk menuntut pemulangan CD yang dirampas itu
serta bayaran gantirugi.
Mahkamah Rayuan pada 23 Jun 2015, mengesahkan keputusan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya CD itu dipulangkan kepada Ireland.
Mahkamah juga memerintahkan bahawa pengisytiharan yang
dipohon oleh Ireland mengenai penggunaan kalimah 'Allah' didengar semula.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Larang Bukan Islam Guna Allah Tidak Sah - Mahkamah Tinggi" yang ditulis oleh Hidir Reduan Abdul Rashid bertarikh 10 Mac 2021)