Rabu, 3 Mac 2021

Perjalanan Abby Johnson - Dari Pengarah Klinik Pengguguran Menjadi Aktivis Pro-Kehidupan


Abby Johnson telah bekerja dengan pusat pengguguran bayi, Planned Parenthood selama 8 tahun, bermula dari pekerja biasa sehinggalah menjadi pengarah klinik di Bryan, Texas. Dia adalah pekerja terbaik Planned Parenthood pada 2008, tetapi dia telah meninggalkan pekerjaannya selepas menyaksikan suatu pengguguran janin berusia 13 minggu semasa suatu pengguguran yang dibantu ultrasound.

Dia meninggalkan Planned Parenthood dan serta-merta menjadi tajuk besar berita nasional atas tindakannya, yang membawanya ke karir baru sebagai penceramah pro-kehidupan. Pada 2012, dia telah mengasaskan And Then There Were None, satu-satunya pelayanan di Amerika Syarikat yang membantu pekerja-pekerja pusat pengguguran meninggalkan pekerjaan mereka dan mendapatkan pekerjaan baru di luar bidang itu. Sehingga kini, dia telah membantu lebih 600 pekerja klinik pengguguran berhenti kerja.

Filem Unplanned berdasarkan buku yang ditulis Abby Johnson


Dia juga telah mengasaskan ProLove Ministries and LoveLine pada musim luruh 2019. Buku bestsellernya, Unplanned, telah dijadikan filem yang telah mendapat tayangan sulung di pawagam-pawagam di sekeliling Amerika pada Mac 2019 dengan tajuk yang sama. Dia dan suaminya mempunyai lapan orang anak. Berikut adalah sedutan temubualnya dengan Angela Donadio:

Dalam satu episod Make Life Matter baru-baru ini di Charisma Podcast Network, saya telah duduk bersama bekas pengarah Planned Parenthood, Abby Johnson, untuk berbual mengenai transformasi dramatiknya, pendukungan pro-kehidupannya dan cara-cara kita dapat membantu menghentikan pengguguran dan membawa kesembuhan kepada wanita. 

"Saya telah bekerja untuk Planned Parenthood selama lapan tahun dalam hidup saya. Saya pernah menjadi pengarah klinik di situ," kata Johnson. Dia berkongsi mengenai suatu peristiwa dramatik yang berakhir dengannya meninggalkan pekerjaannya. "Saya berhenti pada 2009 selepas menyaksikan secara langsung suatu pengguguran yang dibantu ultrasound, di mana saya menyaksikan seorang bayi berusia 13 minggu berlawan dan bergelut untuk nyawanya menentang alat-alat pengguguran. 


"Saya tahu di saat itu ada kehidupan dalam rahim - dan ada kemanusiaan dalam rahim - dan bahawa saya di pihak yang salah dalam perdebatan mengenai pengguguran bayi. 

"Akhirnya, ketika saya melihat bayi itu bergelut untuk nyawanya setelah saya telah diberitahu oleh Planned Parenthood bahawa bayi dalam rahim tiada perkembangan deria rasa dan tidak dapat merasa apa-apa, dan saya melihat dengan jelas bahawa bayi itu dapat merasa apa yang sedang terjadi kepadanya. Saya tersedar bahawa saya telah dibohongi dan oleh kerana saya telah begitu beriya-iya untuk mempercayai kebohongan itu, saya juga seterusnya telah membohongi ribuan orang wanita yang datang ke klinik saya.

"Saya tahu bahawa saya harus berhenti dari pekerjaan itu," katanya.

Sejak masa itu, Johnson telah menjadikan matlamatnya untuk berucap menentang industri pengguguran itu. Dia berkata bahawa dia ingin "mendedahkan apa yang sedang berlaku di klinik-klinik pengguguran itu, dan juga untuk membawa kesembuhan kepada mereka yang telah dilukai dan dikesani oleh pengguguran." Dia meneruskan, "Sebahagian daripada pelayanan ini adalah untuk membantu pekerja-pekerja klinik pengguguran keluar dari industri pengguguran. Matlamat utama kami adalah untuk membantu mereka memiliki perhubungan dengan Yesus Kristus."  

Dengarlah temubual yang sepenuhnya, dan bagaimana anda boleh terlibat dalam usaha-usaha pro-kehidupan dalam episod Make Life Matter ini.

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma Magazine bertajuk, "Abby Johnson's Journey From Former Planned Parenthood Director To Pro-Life Activist" yang ditulis oleh Angela Donadio bertarikh 2 Mac 2021)