Istilah "Gerakan Karismatik" secara asalnya telah merujuk kepada pekerjaan Roh Kudus di kalangan gereja-gereja denominasi tradisi utama. Ianya biasanya diberi tarikh mula dari hari Dennis Bennett, seorang paderi Episcopal di St. Marks, Van Nuys, California, mengumumkan kepada jemaatnya bahawa dia telah mengalami kepenuhan Roh Kudus dan telah berbahasa roh. Itu terjadi pada Ahad, 3 April 1960.
Penentangan awal menyebabkan Bennett meletakkan jawatan tetapi dia telah menerima undangan daripada bishop kawasan Olympia (bahagian barat Wilayah Washington) dan dilantik sebagai vicar St Luke di Seattle, Washingon, suatu pelayanan yang bishop itu sedang menimbangkan untuk ditutup. Dalam masa setahun, kehadiran gereja telah bertambah empat kali ganda dari 75 kepada 300 orang dan telah menjadi pusat yang mendukung pembaharuan Roh Kudus.
Berita itu tersebar di seluruh negara dan dengan cepat muncul di Newsweek, TIME, dan juga Encyclopedia Britanica, membantu mencetuskan gerakan karismatik itu - Charisma Magazine, 6 Ogos 2015.
Media sekular dan Kristian menyebarkan berita itu secara meluas dan orang-orang percaya daripada pelbagai denominasi utama di sekeliling dunia mulai berkongsi pengalaman Pentakosta mereka.
Pada awal 1960an, orang-orang Kristian dari hampir semua tradisi utama Protestan sedang menerima baptisan Roh Kudus dan menyebarkan mesej itu. Setiba 1963, berita mengenai pengalaman-pengalaman ini, terutamanya berbahasa roh, telah mendapat perhatian kebanyakan pemimpin dan editor Protestan, dan sejumlah besar jurnal telah menerbitkan artikel mengenai glossolalia pada tahun itu.
Dalam masa beberapa tahun seterusnya, hampir setiap denominasi Kristian telah mengalami impaknya, sehingga golongan Karismatik boleh dijumpai di kalangan Presbyterian, Baptis, Lutheran, Mennonite, Methodis, Episcopal, Katolik, Ortodoks dan lain-lain gereja Kristian di sekeliling dunia. Pemimpin-pemimpin utamanya menjadi nama-nama yang dikenali oleh khalayak ramai; Lutheran, Larry Christenson dan Harold Bredesden; Anglikan, Michael Harper dan David Watson di UK; Katolik, Kilian McDonnell, Francis McNutt, Edward O'Connor dan kemudiannya Kardinal Leon Joseph Suenens; dan ramai lagi, yang mula mengajar mengenai kurnia-kurnia rohani yang terjadi di gereja-gereja dan denominasi-denominasi mereka.
|
Buku-buku yang telah membawa impak dalam Gerakan Karismatik |
Kesan terkumpul daripada buku Bennett, 'Nine O'clock in the Morning,' buku John Sherrill, 'They Speak with Other Tongues,' dan buku David Wilkerson, 'The Cross and the Switchblade,' bersama dengan pelbagai majalah dan risalah yang tak terhitung telah memberikan kredibiliti dan keseragaman kepada gerakan itu. Pada akhir 1960an, Roh Kudus telah menjadi topik penting dalam agenda denominasi-denominasi, walaupun bukan tanpa penentangan yang agak besar.
Menurut analisa Pew Forum 2011 daripada anggaran yang diperoleh daripada Center for the Study of Global Christianity (CSGC) di Gordon-Conwell Theological Seminary, terdapat lebih kurang 279 juta Kristian Pentakosta dan 305 juta Kristian Karismatik di dunia. Ini bermakna, menurut analisa ini, Kristian Pentakosta dan Karismatik secara gabungan merangkumi 580 juta orang, lebih kurang 27% daripada semua Kristian dan lebih dari 8% jumlah populasi dunia).