Selasa, 28 Mac 2023

Selepas 36 Tahun, Seorang Wanita Kuantan Menemukan Guru Yang Telah Membayar Yuran Kemasukan Universitinya


KUALA LUMPUR, 27 Mac - 36 tahun sudah berlalu sejak Norasiah Jamil mula mencari guru sekolah menengahnya yang telah dengan murah hati bantu membayar yuran kemasukan universitinya

Pencariannya berakhir Sabtu lalu selepas hantaran Facebooknya menjadi tular dengan ramai orang membantu untuk mengarahkannya kepada lokasi terkini guru itu. 

Norasiah berkata hubungannya dengan gurunya, Pak Lin Haw bermula pada 1987 ketika dia belajar di SMK Alor Akar di Kuantan, Pahang.

"Cikgu Pak adalah Guru Tingkatan saya dan dia juga mengajar kami Kimia."

Bercakap dengan Malay Mail, Norasiah yang berumur 52 tahun itu berkata meskipun dia mendapat keputusan bagus untuk SPM pada tahun berikutnya yang menyebabkannya menerima tawaran dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), keluarganya tidak mampu membayar yuran semester pertama sebanyak RM1,200.

Norasiah berkata dia pada mulanya menolak tawaran itu. 

"Apabila Cikgu Pak mendapat tahu bahawa saya tidak dapat meneruskan pendidikan saya, dia menggesa saya agar terus belajar. Dia juga menawarkan untuk membantu saya dan memberi saya RM400 daripada jumlah yang diperlukan.

"Untuk baki RM800, ayah saya telah meminjam RM400 daripada saudara-mara manakala Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah saya menganugerahkan saya RM400 untuk keputusan SPM saya yang bagus."

Selepas menamatkan pengajian dengan sarjana kejuruteraan elektrik, Norasiah berusaha mencari Pak tetapi tidak berjaya. 

"Tiada sesiapa yang tahu ke manakah dia sudah pergi sehingga saya membuat hantaran di Facebook mengenai pencarian saya pada Khamis, 23 Mac, di mana salah seorang daripada ahli gereja Pak telah menghubungkan saya kepdanya." 

Norasiah berkata dia sedang menunggu Pak untuk memaklumkannya bilakah masa yang sesuai untuknya (Norasiah) datang melawat. 

"Rupa-rupanya kami berdua pun tinggal di Kuantan dan lokasinya cuma 10 km daripada saya." 

Ketika ditanya kenapa dia mengambil masa yang lama untuk membuat hantaran mengenai pencariannya, Norasiah berkata dia tidak memiliki foto dari alam persekolahannya."

"Semua foto saya telah dihanyutkan ketika banjir dan saya hanya dapat menjumpai satu foto saya bersama Cikgu Pak di rumah ibubapa saya di Felda Lepar Hilir 3 di Gambang yang saya mana saya sertakan dengan hantaran Facebook itu."

(Diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "After 36 Years, Kuantan Woman Finds Teacher Who Paid Her University Entrance Fees" yang ditulis oleh Sylvia Looi bertarikh 27 Mac 2023)