Sabtu, 20 Mei 2023

PM Anwar Kata Kerajaan Tarik Diri Dari Rayuan Kes Kalimah Allah Kerana Ianya Adalah Sia-Sia Oleh Kerana Dasar Sedia Ada dan Keputusan Raja-Raja


Kuala Lumpur, 20 Mei - Untuk meneruskan dengan rayuan dalam kes mahkamah kalimah Allah dengan seorang Kristian Sarawak adalah usaha sia-sia selepas satu keputusan Kabinet 1986 dan Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan bahawa orang-orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah itu di bawah syarat tertentu, menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri sedang menerangkan keputusan kerajaannya baru-baru ini untuk menggugurkan kes itu, yang telah membangkitkan semula perbahasan yang telah lama berlarutan mengenai penggunaan kalimah Arab untuk Allah di Malaysia. 

"Jika seseorang itu bertegas untuk pergi ke mahkamah dengan pengetahuan amat jelas bahawa tiada kemungkinan memenangi kes, itu hanya menunjukkan bahawa dia tidak bijak," beliau dipetik oleh The Star mengatakan kepada para wartawan di Rembau, Negeri Sembilan semalam. 

Anwar menanya bagaimanakah kerajaannya dapat meneruskan merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menyebelahi Kristian Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill, dengan menyedari kewujudan dasar sedia ada mengenai penggunaan kalimah Allah. 

"Kerajaan telahpun bersetuju pada 1986 dan Raja-Raja Melayu telah memberi izin mereka untuk penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Sabah dan Sarawak di bawah syarat tertentu. 

"Ianya juga telah diputuskan (pada waktu itu) bahawa hanya orang-orang bukan Islam di Semenanjung yang dilarang menggunakan kalimah Allah," beliau dipetik mengatakan. 

Anwar juga berkata bahawa dia telah memaklumkan Yang di-Pertuan Agong bahawa Kabinet masa kini telah mengambil kira keputusan 1986 itu dan Kabinet merancang untuk mencadangkan perubahan-perubahan kecil untuk mengelakkan pertikaian perundangan pada waktu hadapan. 

Dia menambah bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan agar cadangan-cadangan itu dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja. 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "PM Anwar Says Government Withdrew 'Allah' Appeal Because It Was Futile Due To Current Policy, Rulers' Decision" yang ditulis oleh Ida Lim bertarikh 20 Mei 2023)