Bayangkan jika Tuhan memunculkan diri dan berkata, "Apakah yang kamu mahu? Mintalah dan Aku akan memberikannya kepadamu." Kebanyakan daripada kita akan meminta untuk perlindungan orang-orang tersayang, cukup kewangan untuk keperluan kita, atau jangka hayat yang panjang dan sihat. Salomo mungkin tergoda untuk menamakan hal yang seperti itu - tetapi dia telah membuat permintaan yang berbeza. Apa yang dia inginkan adalah hati yang mengerti supaya dia dapat melayani umat Tuhan dengan baik.
Kehidupan Salomo juga penuh dengan keperluan dan keinginan peribadi yang tidak jauh berbeza dengan kita. Tetapi apabila diberi kesempatan untuk meminta Tuhan untuk apa sahaja, dia mengutamakan apa yang penting bagi Tuhan. Tuhan begitu senang dengan permintaan Salomo sehingga Dia memberikan Salomo bukan hanya hikmat tetapi juga kekayaan dan kemuliaan (1 Raja 3:13)! Kejadian itu membayangkan kata-kata Yesus dalam Injil Matius: "Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, makanya semuanya itu akan ditambahkan kepadamu" (Matius 6:33).
Tuhan tidak semestinya memberikan kekayaan, pengaruh, atau hidup panjang kerana kita mengutamakan keutamaan-Nya, tetapi Dia akan sentiasa setia untuk memberikan apa yang kita perlukan menurut tujuan-Nya. Hati Salomo adalah untuk mencari kerajaan Tuhan dan kebenarannya, dan Tuhan memberikan penghargaan dengan pelbagai cara - yang kelihatan dan yang tidak kelihatan. Apabila kita jadikan keutamaan Tuhan sebagai keutamaan kita, kita juga berpeluang melihat Tuhan melakukan pekerjaan besar dalam hidup kita.
(Diterjemahkan daripada artikel In Touch Ministries bertajuk, "Put God's Priorities First" bertarikh 2April 2024)