"Dia ingin menyelamatkan anak-anak muda. Seperti anak muda yang telah mengambil nyawanya," janda Kirk itu menyatakan melalui tangisan, sambil berucap di sebalik mimbar dengan jata presiden di atas pentas di Stadium State Farm.
Tambahnya, "Saya mengampuninya kerana itulah yang Kristus lakukan. Dan juga apa yang Charlie akan lakukan."
"Jawapan kepada kebencian bukanlah kebencian. Jawapannya kita tahu dari Injil adalah kasih dan sentiasanya kasih. Kasih untuk musuh-musuh kita dan kasih untuk mereka yang menganiaya kita," sambung Erika.
![]() |
Erika dan Charlie Kirk |
Erika meneruskan sambil memuji kerja dan legasi suaminya.
"Dia telah menamakan pertubuhannya dengan tepat. Dia tahu ada hal-hal yang tidak betul di Amerika, terutama di kalangan anak-anak muda, dan bahawa mereka perlukan halatuju baharu," kata Erika mengenai pengasas Turning Point USA itu.
"Charlie sungguh-sungguh ingin menjangkau dan menyelamatkan pemuda-pemuda di negara Barat. Anak-anak muda yang merasa tidak ada arah, tidak ada tujuan, tidak ada iman dan tidak ada sebab untuk hidup. Laki-laki yang mensesiakan hidup mereka dengan hal-hal yang mengalihkan perhatian dari kehidupan dan para lelaki yang dikuasai dengan kemarahan dan kebencian," katanya.
![]() |
Charlie Kirk bercakap di Universiti Utah Valley |
Kemudian dia bercakap terus merujuk kepada lelaki itu, Tyler Robinson yang telah didakwa membunuh suaminya.
"Anak muda itu. Anak muda itu. Di atas kayu salib itu, Juruselamat kita mengatakan, 'Bapa, ampunilah mereka sebab mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan' - lelaki itu, anak muda itu, saya mengampuninya," katanya sambil para hadirin bangkit berdiri memberi tepukan sokongan, ramai daripada mereka dalam tangisan.
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel New York Post bertajuk, "Erika Kirk Forgives Assassin Who Killed Husband Charlie: 'He Wanted To Save Young Men - Just Like The One Who Took His Life'" yang ditulis oleh Chris Nesi bertarikh 21 September 2025)