Selasa, 28 Oktober 2014

Video: Doa Memindahkan Puting Beliung Di Filipina



Doa bukan saja dapat memindahkan gunung, doa juga boleh mengusir puting beliung. Video puting beliung yang mengancam menghancurkan sebuah kampung tempatan telah menjadi viral di internet dan menjadi perbualan hangat. 

Satu puting beliung sedang mendekat ke sebuah kampung di Filipina apabila orang-orang berkumpul dan berdoa. Apa yang berlaku seterusnya akan mengejutkan anda!

Seperti yang dilihat di video, puting beliung itu cuma beberapa kilometer daripada mereka dan mereka tidak ada pilihan selain meninggalkan tempat itu, tetapi mereka buat keputusan tidak berganjak! Mereka tidak panik, sebaliknya mereka berkumpul bersama dan berdoa bersungguh-sungguh dan meletakkan sepenuh iman mereka kepada Tuhan. 

Anda boleh mendengar dari video itu seorang lelaki sedang melaungkan dengan kuat doanya dalam bahasa lidah dan terus melaungkan "Hallelujah! In Jesus Name!" Secara perlahan-lahan puting beliung itu mula beredar sehingga ianya lenyap sepenuhnya! Kemuliaan kepada Tuhan!

Apabila puting beliung itu lenyap sepenuhnya, anda akan melihat orang-orang kampung bersorak dengan sukacita dan memuji Tuhan! Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa doa.

Selepas menonton video ini, apakah yang anda fikirkan? Adakah benar-benar doa yang telah melenyapkan puting beliung itu? Atau adakah ini satu lagi fenomena yang boleh dijelaskan secara sains?

Tonton video tersebut di sini:




(Diterjemahkan daripada artikel Pinoy Republic bertajuk "Viral Video: How Prayers Driven Out Hurricane" penulisan Lex Mendez bertarikh 9 Oktober 2014)