Khamis, 9 April 2015

Awan Berbentuk Peta Sabah Di Kudat

Foto awan yang berbentuk peta Sabah yang telah diambil di daerah Kudat.

Pemandangan kejadian ini dikatakan dilihat di salah sebuah sekolah di daerah Kudat pada 6hb April 2013 dan gambar ini diambil oleh salah seorang guru di sekolah tersebut yang dikenali sebagai Jem Jenz Jlilys. Sekolah yang dimaksudkan ialah Kolej Vokasional Kudat di Sikuati, Kudat.

Gambar ini telah dimuatnaik oleh seseorang di laman sosial facebook yang juga dikatakan rakan kepada guru yang sempat mengambil gambar saat ini.



"Mulanya saya hairan ramai yang 'share' gambar ini. Akhirnya saya sedar yang kita sangat sayangkan Negeri Di Bawah Bayu. Love SABAH," kata Jem dalam komen-komen beliau di gambar itu.

Gambar ini telah dimuat naik di fanpage 1SABAH dan telah dikongsikan seribu kali. 

Petanda ini muncul di utara Sabah. Adakah kemungkinan akan muncul seseorang dari utara Sabah untuk Sabah? Tiada siapa yang boleh menahan ketentuan Allah jika Dia menghendakinya.

(Diambil daripada artikel portal berita Satu Sabah bertajuk "Awan Membentuk Peta Sabah")