Rabu, 8 April 2015

10 Artikel Paling Popular Di Blog domba2domba (Sempena Ulangtahun Ke-4)



Puji Tuhan! Esok, 9 April 2015, ialah Ulangtahun ke-4 blog domba2domba. Untuk menandakan hari istimewa ini, inilah 10 artikel paling popular di blog domba2domba sepanjang 4 tahun ini.

Daripada pelbagai kategori artikel yang diterbitkan di blog ini, artikel mengenai Cinta yang paling diminati dan berjaya menguasai empat tempat dalam senarai Top 10 ini. 

Artikel "10 Lelaki Yang Wanita Kristian Tidak Harus Kahwini" terus mengungguli tempat pertama (22,738 pageview) sejak diterbitkan pada 13 Februari 2014. Artikel-artikel lain bertema cinta telah mendapat tempat ketiga, kelima dan ketujuh dalam senarai ini. 

Artikel mengenai Statistik Populasi juga diminati dengan artikel "Tahukah Anda... Populasi Malaysia Mengikut Kaum Untuk Tahun 2010?" mendapat 17,646 pageview di tempat kedua.




Tiga artikel Isu Semasa di Malaysia juga telah mendapat perhatian umum. Dua artikel mengenai pengislaman seorang pelajar perempuan Kristian bawah umur di Kinarut, Sabah telah menjadi viral dan menduduki tempat kelapan dan kesembilan dalam senarai. Artikel "Jawaban Kristian Terhadap Buku 'Jesus Adalah Muslim?'" yang baru diterbitkan beberapa hari lalu pada 30 Mac 2015, juga mendapat sambutan meluas dan melonjak ke tempat yang kesepuluh dalam masa yang singkat. 

Biasanya artikel-artikel yang lebih lama diterbitkan akan lebih mudah menduduki senarai artikel paling popular, tetapi selama empat tahun ini, telah dibuktikan bahawa artikel-artikel yang relevan dan menarik perhatian umum, walaupun diterbitkan terlebih kemudian dapat bersaing dan memasuki senarai 10 Artikel Paling Popular ini. 

Dari 413 artikel yang telah diterbitkan di blog ini sejak April 2011, senarai 10 artikel paling popular ini membariskan satu artikel dari 2011 (Kaka), satu dari 2012 (Populasi), dua dari 2013, tiga dari 2014, dan tiga dari 2015. 


Berikut senarai 10 Artikel Paling Popular di blog domba2domba (sehingga 8 April 2015);

     (diterbitkan 13 Februari 2014)  22,738 pageview.



     (10 April 2014)  10,270 pageview.


       (10 Oktober 2011)  7,662 pageview.
  
     (9 Februari 2014)  7,073 pageview.

     (9 Februari 2015)  6,003 pageview.

     (9 Februari 2015)  5,933 pageview.

       (30 Mac 2015)  4,737 pageview.



Nota akhir: Jumlah pageview 10 artikel paling popular ini bila digabungkan ialah 102,024 iaitu merupakan 23% daripada jumlah pageview keseluruhan laman ini, 445,621 (8 April 2015)