Isnin, 18 Januari 2016

Foto Salib Di Langit Pagi Menjadi Viral

Foto yang mengkagumkan dari Machaele Loraff semasa matahari terbit (Facebook/Matt Rudkin)

Seorang wanita sedang dalam perjalanan ke tempat kerja apabila sinaran cahaya suria membuatnya terpegun.

Machaele Loraff mengambil telefonnya untuk mengambil gambar sinaran itu, dan kemudian menyedari sesuatu yang lain, "Saya mengambil gambar kerana sinarannya yang memancar tegak dari matahari dan hanya melihat salib itu selepas mengambil gambar itu."

Foto itu telah dipetik oleh beberapa rangkaian media, termasuk ahli kaji cuaca Matt Rudkin. 

"Wah ini sesuatu yang menarik!' ulasnya ketika dia kongsi foto itu. Foto yang dikongsi oleh Rudkin mendapat lebih 70,000 Like dan lebih dari 116,000 Share. 

Beberapa peminat memberi ulasan bersama foto-foto matahari terbit yang mereka ambil yang juga disertai salib.

Facebook/Dean Hulce

"Dari ladang cielo vista di selatan Colorado," pengguna Facebook Dean Hulce menulis mengenai foto di atas.

Facebook/Erica Redner Winn

"Ini di New York pada hujung minggu lepas. Menakjubkan," kongsi Erica Redner Winn.

(Diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk, "Woman Snaps Sign From God In Now-Viral Photo" penulisan Jessilyn Justice bertarikh 15 Januari 2016)