Kumpulan Kristian Sabah, Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN)
mengecam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengeluarkan kenyataan
terhadap mubaligh Kristian, dengan berkata kumpulan dakwah Islam yang mengumpan
sasaran mereka dengan wang dan bantuan lain.
Pengerusi PAN Pastor Esther Golingi berkata pendakwah Islam
dari Semenanjung diketahui sering masuk ke kawasan pedalaman Sabah seperti di
Pensiangan, Pitas dan Ranau, menawarkan wang tunai dan insentif lain kepada
penduduk tempatan untuk memeluk Islam.
“Hanya selepas pembentukan Malaysia, orang Sabah mengalami
keadaan diberi tawaran berbentuk dorongan dan rasuah untuk masuk Islam.
“Islamisasi dari Malaysia Barat yang menjalar ke Sabah
sangat jelas,” katanya.
Katanya, ada kes di mana individu menukar agama berdasarkan
kepada janji yang ditawarkan tapi gagal melihat ia ditunaikan.
“Penukaran agama individu masuk atau keluar mana-mana agama
perlu dibuat secara sukarela tanpa dorongan, rasuah atau tipu daya.
“Taktik pertukaran agama ini sudah dibangkitkan banyak kali
tetapi aduan kami tidak didengar.
“Malahan, kumpulan dakwah berkenaan mengukuhkan lagi operasi
mereka di sini. Apa yang kerajaan tempatan kita buat mengenai perkara ini?,”
katanya.
Esther mempersoalkan identiti yang mendanai kumpulan dakwah
berkenaan dan jika ada sumbernya daripada wang pembayar cukai dalam bentuk
peruntukan tahunan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau mendakwa guru dari Malaysia Barat yang dihantar
mengajar di sekolah kerajaan di Sabah didapati berulang kali memujuk murid
dengan ajaran Islam dalam bilik darjah dan asrama.
“Buku sejarah anak kami hanya ada sedikit mengenai sejarah
Sabah.
“Buku teks dan soalan peperiksaan didapati menggambarkan
keagungan Islam dan parti politik tertentu.
“Amalan Islamisasi yang berasal dari Malaysia Barat sangat
jelas dan ketara,” katanya, menambah ibu bapa tidak membiarkan indoktrinasi
agama anak mereka,” katanya.
Beliau juga memberi amaran kepada Hadi supaya melihat dulu
kenyataannya sebelum mengata mengenai Kristian.
Hadi mendakwa mubaligh Kristian datang meneruskan kerja
mereka ke Malaysia hanya selepas gagal di Barat.
“Kristian sudah tidak laku di negara di mana tahap
pendidikan tinggi seperti Jerman, Perancis, Britain dan negara Eropah lain,”
kata Hadi dalam artikel disiarkan di Harakah, lidah rasmi PAS.
“Mereka juga membawa ajaran itu ke kawasan pedalaman negara
kita seperti Sabah dan Sarawak.
“Mereka sebarkan agama bukan menggunakan pengetahuan dan
hujah berasas, tetapi dengan mengumpan sasaran dengan wang dan bentuk bantuan
lain. Orang yang dihimpit kesukaran hidup akan mudah menerima bantuan mereka,
dan akhirnya terpengaruh,” katanya.
Pemimpin MCA termasuk presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai
dan naib presiden Datin Paduka Chew Mei Fun dilaporkan mengutuk kenyataan Hadi
kerana dilihat memprovokasi Kristian, mewujudkan rasa tidak percaya dan konflik
dalam negara.
“Kenyataan Hadi menunjukkan pemikirannya sempit dan
konservatif serta jahil terhadap keperluan bersatu dalam perbezaan rakyat
Malaysia,” kata Liow dipetik sebagai berkata semalam.
Chew dipetik portal Malaysiakini sebagai berkata kerajaan
PAS Kelantan menawarkan RM10,000 kepada setiap pendakwah Islam yang berkahwin
dengan Orang Asli dan menukarkan agama mereka kepada Islam.
Negeri itu juga memperuntukkan pendakwah Islam dengan tempat
tinggal percuma, kenderaan pacuan 4 roda dan elaun tetap RM1,000, katanya
dipetik berkata.
(Diambil daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk, "Kumpulan Kristian Sabah Kecam Kenyataan Hadi Mengenai Mubaligh" bertarikh 20 Januari 2016)