Jumaat, 12 Februari 2016

Naskah Tertua Alkitab Ibrani Disenarai Sebagai Pusaka Dunia


Aleppo Codex, naskah paling tua yang wujud dari Alkitab Ibrani yang sesetengah pakar percaya adalah sumber dari mana datangnya semua versi Perjanjian Lama, telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai pusaka dunia yang penting.

124News melaporkan bahawa Pertubuhan Pendidikan, Sains Dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menambahkan Codex berusia lebih seribu tahun ini awal minggu ini kepada Daftar Dunia Untuk Peringatan Antarabangsa, yang memperingati sebahagian daripada penemuan-penemuan paling penting berkaitan sejarah manusia. 

Adolfo Roitman, ketua kurator Shrine of the Book Museum di Yerusalem yang menyimpan Codex itu, menjelaskan kepentingannya, menyatakan bahawa semua versi masa kini Perjanjian Lama berasal "dengan satu cara atau lain, dari manuskrip kuno ini."

Codex ini dipercayai telah ditulis sekitar tahun 930 di kota Tiberias di tebing Laut Galilea. Ianya telah dipindah-pindahkan melalui beberapa kota yang berbeza, dan sebanyak 190 mukasurat telah kehilangan dari naskah yang masih wujud, walaupun para sarjana tidak bersetuju di manakah dan bilakah mukasurat-mukasurat itu telah kehilangan.


Sorotan dekat tulisan bahasa Ibrani dari Aleppo Codex

Ianya telah diseludup keluar dari Syria dan tiba ke Israel pada 1958, sebelum ianya akhirnya telah dipindahkan ke Muzium Israel itu pada pertengahan 1980an. 

Ianya juga tidak jelas siapakah yang sebenarnya pemilik Codex itu, walaupun penerbit filem Avi Dabach, yang sedang merencana untuk membuat dokumentari mengenai manuskrip kuno ini, percaya bahawa ianya adalah milik masyarakat Yahudi yang melarikan diri dari Syria.

"Pada 1960an, masyarakat Yahudi-Aleppo telah menyaman orang-orang yang telah membawa Codex itu ke Israel, ... Pihak Berkuasa Antik Israel telah mengambil keputusan merampas naskah itu dan kemudian, dari kedudukan yang kuat, memaksa suatu penyelesaian dengan masyarakat itu." Dabach telah mengatakan. 

Walaupun Aleppo Codex dianggap naskah tertua Perjanjian Lama Ibrani, terdapat kepingan alkitabiah yang jauh lebih tua yang masih wujud, seperti gulungan-gulungan Laut Mati yang berusia 2,000 tahun. 

Gulungan-gulungan itu, yang telah ditulis dalam bahasa Ibrani, Aram dan Yunani, bertarikh dari kurun pertama dan ketiga Sebelum Masihi, dan mengandungi teks dari Perjanjian Lama yang berkaitan kelahiran Kekristianan. Gulungan-gulungan itu dipercayai telah disembunyikan di gua-gua di padang gurun Yudea di tebing Laut Mati daripada tentera Rum yang datang menyerang pada sekitar 68 tahun Sebelum Masihi. 

Pada September 2011, gulungan-gulungan itu dapat diakses secara online melalui usahasama muzium nasional Israel dan Google, yang sebelumnya hanya pernah dibaca oleh sekumpulan kecil sarjana.

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Christian Post bertajuk, "Oldest Surviving Copy Of Hebrew Bible Recognised As UNESCO World Treasure" penulisan Stoyan Zaimov bertarikh 11 Februari 2016)