Jim Caviezel memain peranan sebagai Yesus dalam filem "The Passion of the Christ" |
The Life and Passion of Jesus Christ (1902-05)
Sejarah perfileman baru bermula beberapa tahun apabila filem The Life and Passion of Jesus Christ ini dihasilkan oleh syarikat Pathe dari Perancis, yang memaparkan beberapa babak daripada Injil.
The King of Kings (1927)
Filem ini diarahkan oleh Cecil B. DeMille dan merupakan filem "bisu" terakhir yang dihasilkan olehnya. Pada tahun 1930an, King of Kings ditayangkan semula dengan disertakan trek muzik dan suara, dan mendapat sambutan kuat daripada para penonton.
The Gospel According to St. Matthew (1964)
Pengarah Pier Paolo Pasolini telah memaparkan watak Yesus yang lebih agresif, berbeza dengan filem-filem yang sebelumnya yang lebih memaparkan Yesus yang taat dan lembut. Hampir setiap ayat perbualan dalam filem ini telah diambil dari Injil Matius.
The Greatest Story Ever Told (1965)
Filem yang diarahkan oleh pengarah Kristian yang komited, George Stevens. Memaparkan permandangan latar yang cantik dan disokong lakonan yang baik oleh pelakonnya, terutama Max von Sydow, yang memain peranan sebagai Yesus.
Godspell (1973)
Ini adalah filem musikal mengenai Yesus yang telah ditayangkan pada 1973. Ianya kurang memberi perhatian kepada kehidupan Yesus, tetapi lebih memberi fokus kepada ajaran-ajaran Yesus seperti perumpamaan-Nya dan Khutbah-Nya di Atas Bukit.
The Messiah (1976)
Filem yang diarahkan oleh Roberto Rossellini dari Itali. Roberto tidak percaya bahawa dia harus menawan hati para penontonnya dengan kesan dramatik, oleh itu dia tidak menitikberatkan babak mukjizat dan keganasan – hal-hal yang disukai oleh pengarah-pengarah lain – walaupun dia tetap mengakui terjadinya peristiwa-peristiwa itu.
Jesus of Nazareth (1977)
Ada orang yang mengatakan bahawa inilah filem Yesus yang terbaik: yang pastinya, ia adalah filem Yesus yang terpanjang. Dengan jumlah masa enam jam setengah, filem mini-siri Franco Zeffirelli dapat memaparkan Injil dengan lebih terperinci dari biasa.
Jesus (1999)
Merupakan sebahagian daripada siri "Bible Collection" oleh Lux Vide, filem dua bahagian untuk TV dan pawagam ini memaparkan Yesus yang bergumul dengan perasaan kemanusiaannya dan kesedarannya yang semakin meningkat mengenai destininya.
The Miracle Maker (2000)
Merupakan filem animasi utama yang pertama mengenai Yesus, The Miracle Maker menggunakan pelbagai teknik animasi yang menarik untuk mencapai tujuannya. Dibintangi oleh Ralph Fiennes sebagai bakat suara bagi watak Yesus.
The Passion of the Christ (2004)
Filem arahan Mel Gibson ini sangat diminati dan mendapat jualan tiket yang tinggi ($611,899,420 di sekeliling dunia). Ia adalah filem agama dan filem berklasifikasi 'R' tertinggi jualan di Amerika, dan filem bukan bahasa Inggeris tertinggi jualan di dunia sehingga kini.
"Top Ten Jesus Movies" yang disenaraikan oleh Peter Chattaway telah diterbitkan oleh laman Christianity Today pada 11 April 2006, dan dengan itu hanya mengambil kira filem-filem yang telah ditayangkan sehingga tahun itu. Sejak 2006, terdapat dua filem besar Yesus yang telah dihasilkan, iaitu "The Son of God" (2014) arahan Mark Burnett, dan "Risen" (2016) arahan Kevin Reynolds. Dapatkah dua filem baru ini memasuki senarai 10 Filem Yesus Yang Terbaik? Apakah pandangan anda?