PETALING JAYA: Perkumpulan berlilin telah diadakan di taman tasik Kelana Jaya untuk Pastor Raymond Koh yang telah diculik dan keluraganya.
Kereta-kereta dipandu perlahan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) untuk melihat ratusan orang yang memegang lilin di pintu masuk ke taman itu pada hari Ahad.
Orang ramai mulai berkumpul pada 7.30 malam dan mereka bergaul dalam suasana persahabatan.
Kebanyakan mereka kelihatan memegang lilin putih di tangan mereka dan berdoa untuk kepulangan Koh yang selamat.
Koh telah diculik dari keretanya oleh sekumpulan lelaki di Jalan SS4B/10 Petaling Jaya pada 13 Februari, kurang 100 meter dari kompleks perumahan polis.
Dia sedang memandu kereta berwarna perak dengan nombor pendaftaran ST 5515 D.
Satu
rakaman CCTV, yang dipercayai mengandungi rakaman insiden
itu telah muncul, menunjukkan sekurang-kurangnya 15 orang dan tiga kereta SUV hitam yang terlibat dalam penculikan itu.
Seorang pemandu sambilan Uber telah didakwa kerana memeras ugut anak kepada pastor yang kehilangan itu untuk RM30,000 untuk menjamin kebebasan ayahnya.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel The Star Online bertajuk, "Crowd Holds Candlelight Vigil For Abducted Pastor At Kelana Jaya Lakeside" bertarikh 19 Mac 2017)