Kong Hee meninggalkan mahkamah selepas keputusan panel hakim (Foto Channel News Asia) |
SINGAPURA: Pengasas dan pastor senior City Harvest Church, Pastor Kong Hee telah dikurangkan hukuman penjaranya dari lapan tahun ke tiga tahun enam bulan, manakala lima pemimpin lain juga telah dikurangkan tempoh hukuman mereka.
Keenam mereka telah hadir di mahkamah pada Jumaat (7 April) untuk mendengar keputusan atas rayuan mereka terhadap kedua-dua keputusan dan penghukuman selepas mereka telah didapati bersalah pada Oktober 2015 menyalahgunakan lebih kurang S$50 juta dana gereja.
Bekas pengurus dana Chew Eng Han telah memperoleh pengurangan hukuman dari enam tahun ke tiga tahun empat bulan, manakala timbalan pastor, Tan Ye Peng telah mendapat pengurangan dari hukuman asal lima tahun setengah ke tiga tahun dua bulan.
Bekas pengurus kewangan, Serina Wee Gek Yin telah mendapat pengurangan dari hukuman asal lima tahun dikurangkan separuh ke dua tahun enam bulan, dan bekas ahli jawatankuasa kewangan, Joshua Lam Leng Hung dengan hukuman tiga tahun juga telah dikurangkan separuh hukumannya ke setahun enam bulan.
Bekas pengurus kewangan Sharon Tan Shao Yuen telah mendapat hukuman penjara 21 bulannya dikurangkan ke tujuh bulan.
Keputusan hari Jumaat adalah kemuncak dari rayuan lima hari yang telah didengar pada September tahun lepas oleh panel tiga hakim, termasuk Hakim Rayuan, Chao Hick Tin, dan Hakim-hakim Woh Bih Li dan Chan Seng Onn.
Setelah hukuman yang telah disemak semula itu diumumkan, Kong, Lam, Chew, Wee dan Tan Ye Peng semuanya memohon agar hukuman mereka dimulakan selepas dua minggu, dan mahkamah bersetuju dengan permohonan itu.
Sharon Tan memohon penangguhan penghukumannya selama dua bulan, kerana keluarganya akan berpindah ke luar negeri pada Jun dan dia berkata dia ingin membantu anak-anaknya untuk menyesuaikan diri untuk perpindahan itu. Mahkamah juga bersetuju dengan permohonan itu.
MAHKAMAH MENGURANGKAN DAKWAAN PECAH AMANAH
Hakim Chao berkata dalam keputusan bertulis pada Jumaat lepas bahawa keputusan majoriti telah dicapai untuk mengurangkan dakwaan pecah amanah masing-masing terhadap keenam-enam mereka, daripada jenis pecah amanah yang berat - yang mereka telah asalnya dihukum - ke pecah amanah yang biasa.
Hakim Chao berkata dia dan Hakim Woo berpendapat bahawa pihak pendakwa gagal memenuhi syarat untuk membuktikan jenis pecah amanah yang berat, yang mana undang-undang menyatakan bahawa orang itu harus adalah seorang kakitangan kerajaan, pegawai bank, pedagang, broker, peguam atau seorang ejen, sewaktu melakukan jenayah itu.
"Manakala seorang pengarah jelas sekali memegang jawatan yang penting dalam sebuah syarikat atau organisasi, ianya tidak boleh dikatakan bahawa seseorang itu dengan menjadi pengarah telah menawarkan perkhidmatannya sebagai ejen kepada masyarakat atau bahawa dia mendapat nafkah hidupnya sebagai seorang ejen," kata hakim itu.
KES YANG TAK PERNAH BERLAKU DAHULU
Kes City Harvest adalah kes yang tak pernah berlaku dahulu. Jumlah S$50 juta yang diambil daripada tabung gereja adalah jumlah terbesar wang kebajikan yang pernah disalahgunakan di Singapura.
Wang itu telah digunakan untuk mendanai karier muzik sekular isteri pastor, Sun Ho, tanpa pengetahuan sidang jemaat yang terdiri daripada anggota berpuluh ribu orang yang telah menderma berjuta dolar kepada gereja itu.
Kes itu juga adalah kes yang tidak pernah berlaku dahulu kerana wang berjuta itu telah "digantikan" melalui satu siri pelaburan palsu dan urusniaga yang diragui, dan pada akhirnya gereja tidak mengalami apa-apa kerugian kewangan.
"Jika ini adalah jumlah yang terbesar yang diambil keluar, ianya juga sesuatu yang tak pernah berlaku dalam ianya adalah jumlah terbesar yang dikembalikan," peguam Kong, Jason Chan telah mengatakan.
Begitupun, tindakan Kong dan lima orang tertuduh bersama adalah bersifat jenayah - mereka secara nyata telah mengambil dana City Harvest untuk digunakan seperti yang mereka kehendaki, walaupun mereka dengan jelas tidak diberi kuasa untuk melakukan demikian," seorang hakim telah mengatakan.
Walaupun sidang jemaat kebanyakannya menyokong karir muzik sekular Sun Ho - melalui Projek Crossover yang bertujuan menggunakan muziknya untuk menginjil - mereka tidak mengetahui bahawa merekalah yang membayar perbelanjaannya.
Sejumlah S$24 juta dari dana gereja yang dialihkan ke pelaburan palsu telah digunakan untuk mendanai karir Puan Ho yang sedang meningkat dan gaya hidupnya yang mewah. Sejumlah S$26 juta lagi dana gereja telah digunakan untuk menutupi jumlah pertama untuk mengelabui pihak auditor dan untuk menyembunyi fakta bahawa wang daripada tabung pembangunan gereja - tabung terhad yang dikhususkan untuk perbelanjaan berkaitan pembangunan - telah digunakan untuk satu tujuan yang tidak diberi kelulusan.
(Diterjemah daripada artikel Channel News Asia bertajuk, "City Harvest Appeal: Kong Hee Sentence Reduced To 3.5 Years" yang ditulis oleh Vanessa Paige Chelvan bertarikh 7 April 2017)