Jumaat, 5 Mei 2017

Pernahkah Anda Melihat Gambar Ini? Inilah Kisah Di Sebaliknya...

Ada waktu dan ketikanya dalam hidup kita apabila kita terserempak dengan pemandangan alam sekitar yang menakjubkan yang menguatkan lagi iman kita kepada yang Maha Kuasa. Bagi James Morales, detik itu datang ketika dia terlihat suatu imej yang mengkagumkan yang digelarnya, "kuasa kebaikan Tuhan."

Pada pandangan pertama, ianya kelihatan seperti pohon yang sudah mati, tetapi apabila kita memerhati dengan lebih teliti, kita akan dapat melihat ciri-cirinya dengan lebih jelas. 

Terletak di utara Lebanon, di kawasan yang dikenali sebagai Forest of the Cedars of God (Hutan Pohon Aras Tuhan), pokok ini dikenali sebagai Pohon Yesus. Pohon itu sungguh menginspirasikan James sehingga dia mengongsikannya di Facebook, yang kemudian dengan cepatnya dikongsikan oleh beribu-ribu orang di internet. 

Selepas penyelidikan lanjut mengenai kewujudan pokok itu, didapati bahawa pokok itu telah diukir oleh seorang penulis puisi dan tukang ukir bernama Rudy Rahme yang ingin menghidupkan kisah Yesus. Ukiran itu telah mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dan telah diukirkan ke atas sebuah pokok aras yang mati. 


Kepentingan pokok aras Lebanon telah dicatit dalam Alkitab, ketika Daud menggunakannya untuk membina istananya (2 Samuel 5:11) dan ketika Salomo menggunakannya untuk membina bait Allah dan sebuah istana untuk dirinya (1 Raja-Raja 5:6)

Yesaya 2:12-13;
Sebab TUHAN semesta alam menetapkan suatu hari untuk menghukum semua yang congkak dan angkuh serta menghukum semua yang meninggikan diri, supaya direndahkan; untuk menghukum semua pohon aras di Lebanon yang tumbuh meninggi dan tetap menjulang, dan menghukum semua pohon tarbantin di Basan
Mazmur 29:5; 
Orang benar akan bertunas seperti pohon korma, akan tumbuh subur seperti pohon aras di Lebanon.

Bersama Pohon Yesus itu, terdapat pokok-pokok lain di Cedars of God yang juga telah diukir oleh Rudy.



Butiran halus dan bentuk ukiran di pohon aras itu cantik dilihat dan layak diberi pengiktirafan kerana keindahan ukirannya. 

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Faith Tap bertajuk, "If You Walk Up To This Tree, A Figure Emerges That Is Going Viral" bertarikh 4 Ogos 2015)