Nabeel Qureshi |
Oleh Ravi Zacharias:
Seingat saya, saya tidak pernah menghadiri pertemuan yang seperti ini: kasihnya, kesembuhannya, kesedihannya yang mencengkam jiwa, tangisannya yang tidak terhentikan, dan akhirnya pelukan-pelukannya, doa-doanya dan ucapan selamat tinggalnya. Rakan sekerja saya, Stuart McAllister menyatakannya dalam sekerat ayat, "Ianya adalah satu detik untuk diingati dalam sejarah gereja."
Ianya adalah ucapan selamat tinggal yang awal dari pasukan penceramah RZIM kami kepada rakan sepasukan kami Nabeel Qureshi.
Nabeel dengan Ravi Zacharias di sebelahnya dan dua rakan sepasukannya di RZIM |
Kepada rakan-rakan penceramahnya, Nabeel telah datang untuk mengatakan, "Terima kasih. Saya mengasihi kamu semua dan jika saya ada melukakan sesiapa, saya mohon keampunan. Paling utama, iman saya lebih kuat lagi dalam Juruselamat saya dan apapun yang akan terjadi di waktu hadapan, saya akan menerimanya sebagai kehendak Tuhan." Kemudian dia berkata, "Kamu kemungkinan tidak akan melihat saya berucap lagi di khalayak umum dan saya mengucapkan selamat tinggal kepada kamu semua." Dia kemudiannya melihat ke arah saya dan menyampaikan ucapan rasa sayang terakhirnya kepada saya dan mengucpkan selamat tinggal kepada kami semua. Saya terlalu sebak untuk mengatakan apa-apa.
Perjumpaan kami bukanlah tanpa contoh alkitabiahnya. Ianya mengingatkan kembali ucapan perpisahan kepada penatua-penatua Efesus oleh Paulus, salah satu penginjil / ahli apologetik terulung yang pernah muncul di dunia, dan saya kongsikan ayat itu dengan pasukan kami. KPR 20:36-38 memberitahu kita bahawa selepas Paulus selesai berucap kepada penatua-penatua itu, "Paulus berlutut dan berdoa dengan mereka semua. Maka menangislah mereka semua tersedu-sedu dan sambil memeluk Paulus, mereka berulang-ulang mencium dia. Mereka sangat berdukacita, terlebih-lebih kerana ia katakan, bahawa mereka tidak akan melihat mukanya lagi. Lalu mereka menghantar dia ke kapal."
Masihkah Tuhan kita dapat menyembuh Nabeel? Ya. Dengan senyumannya yang menawan, Nabeel sendiri mengatakan, "Ya, Dia dapat, biarpun saya sudah dikebumi tiga hari." Pada waktu yang sama dia menyedari bahawa tubuhnya semakin merosot. Dia terbelah bahagi mengenai apa yang kelihatan akan terjadi dan apa yang sentiasa mungkin bagi Tuhan.
Saya juga merasakan perasaan berbelah bagi itu, oleh itu saya tidak mahu menangguh untuk menulis ini sebab saya ingin memberi penghargaan kepada salah seorang pegkhutbah yang terbagus yang pernah saya temui. Saya mengasihinya seperti seorang anak dan telah berjalan bersamanya sebagai seorang rakan sepelayanan.
"Apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, dan tidak
pernah didengar oleh telinga, dan yang tidak pernah timbul di dalam hati
manusia: semua yang disediakan Allah untuk mereka yang mengasihi Dia," begitu dijanjikan 1 Kor 2:9.
Matamu kini akan melihat dan tanganmu akan menyentuh yang mana adalah hidup yang Sejati.
Selamat tinggal Nabeel yang kami sayangi, jika kita tidak dapat bertemu lagi dalam masa yang terdekat, kita akan bertemu lagi di kediaman yang abadi.
Dengan kasih dari kami,
Ravi dan seluruh pasukan RZIM.
(Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel RZIM bertajuk, "Torn Emotions: A Visit With Nabeel Qureshi" yang ditulis oleh Ravi Zacharias bertarikh 15 Mei 2017)