Sabtu, 12 Ogos 2017

Mungkin Anda Tidak Akan Dimikrochip, Tapi Para Pakar Kata Anak-Anak Anda Akan Mendapatnya


Implan microchip untuk setiap orang - para pakar mengatakan ianya bukan soalnya jika terjadi, tapi soalnya bila. 

Keputusan sebuah syarikat Wisconsin untuk memberikan pekerja-pekerjanya kesempatan untuk mendapat implan microchip di tangan mereka telah mencetuskan satu perbahasan nasional. 

Ada orang yang melihatnya sebagai idea yang genius, yang lain melihatnya sebagai babak dari filem fiksyen sains yang menyeramkan ataupun pelopor kepada "tanda dari Binatang" dari kitab Wahyu.

Meskipun terdapat pandangan-pandangan yang berlawanan itu, pakar-pakar berkata bahawa implan microchip tidak akan lenyap dari pandangan. 

"Ianya akan berlaku kepada semua orang," Noelle Chesley, profesor madya sosiologi di Universiti Wisconsin-Milwaukee, memeberitahu USA Today. "Tetapi bukan tahun ini. dan bukan 2018. Mungkin bukan dalam generasi saya, tetapi pasti dalam generasi anak-anak saya."

Gene Munster, seorang pelabur, pengkaji dan penganalisa teknologi juga memberitahu USA Today bahawa microchip akan menjadi sebahagian arus perdana dalam masa 50 tahun selepas "kita sudah terdedah dan terbiasa sehingga tidak lagi terkesan oleh pandangan negatif sosial."

Pendukung-pendukung teknologi mikrochip berkata ianya akan menambahkan kemudahan hidup, mengizinkan orang dengan mudah melepasi pemeriksaan di lapangan terbang, menghidupkan kereta dan membeli barangan runcit dengan lambaian tangan mereka. 

Bagaimanapun, para pengkritik merasa syak terhadap teknologi itu dan berhujah bahawa microchip akan dengan mudah kena hacking dan maklumat peribadi akan terdedah. 

Sebilangan orang Kristian berkata bahawa implan microchip adalah penunaian jelas "tanda dari Binatang" yang telah dinubuatkan 2,000 tahun yang lalu dalam kitab Wahyu dari Alkitab. 

"Saya menganggap microchip sebagai satu bentuk tanda itu. Terdapat banyak bentuk tanda itu, dan semua tanda-tanda itu dibentuk untuk menguasai," kata Pastor Dave Doyle dari Hope Christian Fellowship Church di Iowa. "Ianya akhirnya akan jadi sesuatu yang wajib, dan bagi mereka yang menolaknya, mereka perlu berhadapan dengan pihak berkuasa yang tidak akan menerima pandangan mereka."

Bagaimanapun, ahli-ahli perundangan sudah pun mula mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa teknologi itu tidak menjadi wajib, sekurang-kurangnya di tempat kerja. 

Anggota Dewan Perwakilan Tina Davis (Demokrat) sedang mengusulkan rang undang-undang di Pennysylvania untuk mengharamkan pembenaman microchip secara wajib. 

"Itulah yang kami khuatirkan," Bran Allen, ketua staf negeri untuk Davis memberitahu USA Today. "Jika teknologi sudah wujud di luar sana, apakah yang dapat menghalang majikan daripada mengatakan kamu harus melakukan ini, jika tidak kamu tidak boleh kerja di sini lagi."

Beberapa negeri telah meluluskan undang-undang yang serupa, tetapi itu belum lagi menyurutkan kebimbangan mengenai teknologi baru itu. 

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel CBN News bertajuk, "You May Not Get Microchipped, But Experts Say Your Kids Will" yang ditulis oleh Emily Jones bertarikh 10 Ogos 2017)