Isnin, 4 Jun 2018

Tahukah Anda... Bendera-Bendera Sabah Sejak 1963?


Bendera Sabah (1963-82)

Inilah bendera rasmi Sabah ketika mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Bendera berjalur empat (merah, putih, kuning dan biru) dengan gambar gunung berwarna coklat (melambangkan Gunung Kinabalu) yang berlatar belakang hijau. Bendera ini telah digunakan sehingga 1982.



Bendera Sabah (1982-1988)

Reka bentuk bendera kedua telah dicipta oleh kerajaan Sabah bawah pimpinan BERJAYA  pada 1981. Ianya telah secara rasmi diterima pakai pada 1 Januari 1982. Reka bentuk sama sekali berbeza daripada yang sebelumnya: biru di atas putih dengan tiga segi merah di bahagian kirinya. Ianya menyerupai bendera Trisakti yang digunakan oleh Sarawak sehingga 31 Ogos 1988, yang adalah merah atas putih dengan dan bertiga segi biru di sebelah kirinya.



Bendera Sabah (1988-Sekarang)

Bendera rasmi yang digunakan sekarang telah mula diterima pakai pada 16 September 1988 di bawah kerajaan Sabah pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS). Ianya merah, putih dan tiga jenis biru. Lima warna itu melambangkan 5 bahagian di Sabah.

Gambar gunung melambangkan Gunung Kinabalu seperti yang terdapat pada bendera 1963, tetapi sekarang dalam warna biru tua berlatar belakang biru muda. Jalur-jalurnya biru, putih dan merah.