Khamis, 26 Julai 2018

Memperingati Catherine Janet Yang Maut Ketika Cuba Selamatkan Dua Rakannya


Guru muda terkorban sewaktu cuba menyelamatkan dua rakannya dari kebakaran di kuarters guru di sebuah sekolah di Mulu.

MIRI: Para hadirin berdiam seminit di upacara Hari Guru peringkat negeri ke-27 yang diadakan di Betong semalam untuk menghormati Catherine Janet Tiwi, guru sekolah rendah berusia 25 tahun yang maut ketika cuba menyelamatkan dua rakannya daripada kebakaran di dua kuarters guru di SK Batu Bungan di Mulu awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon diatasi perasaan apabila dia menyebut mengenai pengorbanan berani Catherine semasa menyampaikan ucapannya dan dengan sebak mengatakan, "Saya telah kehilangan guru saya."

Rakayah terlalu sedih untuk meneruskan ucapannya selama beberapa minit sebelum mengawal kembali perasaannya.

Upacara itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yang mengumumkan penubuhan satu tabung untuk membantu keluarga Catherine dan mangsa-mangsa lain kebakaran itu.

Dia berkata bahawa kerajaan negeri akan memperuntukkan RM50,000 untuk menggerakkan pemberian kepada tabung itu.

Sementara itu ketua polis Marudi, DSP Gabriel Risut, ketika dihubungi semalam, berkata bahawa Catherine telahpun selamat tetapi memilih memasuki semula untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang masih di dalam bangunan yang terbakar itu.

Catherine Janet (gambar kecil) terkorban dalam kebakaran di SK Batu Bungan

"Bekalan elektrik terputus dan tidak lama selepas itu, kebakaran bermula. Dalam keadaan yang kelam-kabut itu Catherine masuk kembali ke dalam dan cuba menyelamatkan dua guru daripada salah satu bilik itu tetapi dirinya terperangkap dan tidak dapat melepaskan diri," katanya.

Gabriel menambah bahawa dua guru itu dapat keluar daripada kuarters itu dan melepaskan diri daripada kebakaran yang telah bermula di dapur dan merebak dengan sangat cepat.

Salah satu daripada guru itu, Syuhadah Azhari melecur 22 peratus dan telah dibawa dengan helikopter kecemasan ke Hospital Miri sementara yang seorang lagi mengalami kebakaran ringan di kakinya dan dirawat di sebuah klinik di Mulu.

Catherine yang berbangsa Bidayuh berasal dari Bau dan telah mengajar di SK Penghulu Baya Mallang di Apoh, Baram selama lebih setahun.

Dia berada di SK Batu Bungan sejak Selasa untuk menghadiri kem motivasi UPSR selama lima hari.

Ketua Bomba Miri, Pesuruhjaya Law Poh Kiong ketika ditemui di Hospital Miri selepas menyerahkan jenazah untuk dibedah siasat semalam berkata anggota-anggota bomba menjumpai tubuh Catherine yang rentung di ruang tamu.

Ketika ditanya mengenai punca kebakaran, Law berkata pegawai-pegawai penyiasat dari Kuching dan Miri telah dihantar ke SK Batu Bungan untuk menyiasat.

Kebakaran dipercayai bermula pada 5 pagi dan merebak dengan cepat

Kebakaran itu dipercayai telah bermula pada kira-kira 5 pagi tetapi telah dikesan pada 5.09 pagi oleh seorang staf lelaki.

Sepasukan bomba dari Jabatan Penerbangan Awam telah bergegas ke tapak itu pada 5.40 pagi dan dapat memadamkan api itu pada 6.34 pagi.

Ibu bapa dan saudara mara mangsa yang hadir di hospital semalam terlalu sedih dan diatasi perasaan untuk bercakap dengan wartawan.

Telah dimaklumkan bahawa jenazah dijangka diterbangkan balik ke Bau hari ini sebaik sahaja bedah siasat diselesaikan.

(Diterjemahkan daripada artikel Borneo Post bertajuk, "A Minute's Silence For A Heroic Teacher" yang ditulis oleh Jenifer Laeng bertarikh 26 Julai 2018)



RIP Catherine Janet Tiwi.

"Tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya untuk sahabatnya." (Yohanes 15:13, AVB)